Kesihatan Mental Kanak-Kanak : Gangguan Mental Yang Umum Terjadi

Gambar Blogpost Kesihatan Mental Kanak-Kanak : Gangguan Mental Yang Umum Terjadi

Hasil Tinjauan Kebangsaan dan Morbiditi 2019 mendedahkan seramai 424,000 orang kanak-kanak di Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental.

Realitinya, gangguan mental tidak mengenal usia. Sesiapa sahaja berkemungkinan untuk mengalami gangguan mental, bukan hanya membabitkan golongan dewasa.

Gangguan mental dalam kalangan kanak-kanak digambarkan sebagai perubahan serius dalam cara kanak-kanak biasanya belajar, berkelakuan atau mengendalikan emosi mereka, yang menyebabkan kesusahan dan masalah menjalani kehidupan seharian.

Berikut adalah antara gangguan mental yang biasanya terjadi dalam kalangan kanak-kanak.

Kesejahteraan emosi dan mental kanak-kanak adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal mereka. Kesihatan mental yang baik membantu mereka mengembangkan daya tahan untuk menghadapi apa sahaja cabaran kehidupan yang berlaku kepada mereka dan berkembang menjadi orang dewasa yang sihat dan positif.

Bermula dari peringkat awal, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menyediakan persekitaran yang penuh kasih sayang dan memberi semangat kepada anak-anak untuk membesar dengan selamat, sedia meluahkan perasaan dan bercakap secara terbuka mengenai kesihatan mental mereka.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp