Tanda Seseorang Alami Emosi Tidak Stabil

Gambar Blogpost Tanda Seseorang Alami Emosi Tidak Stabil

Perubahan emosi pada seseorang itu biasa, seiring dengan pasang surut kehidupan. Tetapi, terdapat individu yang bertindak balas terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku dengan emosi dan cara yang tidak sesuai. Ini menunjukkan individu tersebut mengalami ketidakstabilan emosi.

Menurut pakar, terdapat beberapa tanda awal ketidakstabilan emosi yang mungkin ditunjukkan oleh seseorang, dan memberi perhatian kepada perubahan tingkah laku dan cara mereka menguruskan emosi adalah penting untuk memahami kesejahteraan mental mereka.

Ketidakstabilan emosi mungkin disebabkan oleh gangguan personaliti atau isu kesihatan mental. Jika rakan atau orang yang anda sayangi mengalami tanda-tanda emosi tidak stabil, tugas anda bukan hanya sekadar ada berada bersama mereka. Tetapi, berbincanglah dengan mereka supaya mendapatkan bantuan profesional.

Berikut adalah 5 tanda yang boleh diperhatikan sekiranya anda rasa seseorang mungkin mengalami emosi yang tidak stabil :

  1. Mood berubah dengan cepat : Pertukaran mood kerap berlaku dengan cepat- \”roller coaster\” emosi.
  2. Menunjukkan tingkah laku impulsif : Membuat keputusan tanpa berfikir terlebih dahulu atau berkelakuan tidak menentu.
  3. Mempunyai hubungan yang singkat : Bermasalah dalam mengekalkan perhubungan peribadi dan perhubungan di tempat kerja.
  4. Sukar membendung sesuatu perasaan : Tidak boleh menyimpan emosi, dan kadangkala sehingga bertindak kasar terhadap orang lain.
  5. Menghadapi masalah menenangkan diri : Menyimpan dendam lebih lama daripada jangkaan, atau tetap kecewa selepas menyelesaikan perselisihan faham.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp