Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai

Kami bantu anda berhadapan dengan isu cabaran psikologi kanak-kanak dan orang dewasa melalui pendekatan berasaskan bukti kajian yang saintifik.

Perkhidmatan Kami

IMG_20220224_135416-Reduced-Edited2.png

Psikologi Dewasa

Penilaian dan bantuan untuk orang dewasa yang mengalami isu kecelaruan pemikiran dan emosi yang memerlukan psikoterapi (terapi percakapan yang berstruktur).

Website-Image-01.png

Psikologi Kanak-Kanak

Penilaian dan intervensi untuk kanak-kanak yang mempunyai isu lewat perkembangan dan masalah pembelajaran.

IMG_7724.jpg

Servis Korporat

Perkhidmatan khusus untuk syarikat yang ingin menjaga kesihatan mental ahli pasukan mereka.

Apa kata mereka?

Antara tempat kesukaan aku. Dan paling aku suka bila psy sebut nama penuh aku dan tanya, “How are you feeling today, Latifah?” Sebab apa lagi aku mahukan, selepas penat mengheret luka ke sana sini, melainkan dipenghujung hari ada manusia bertanya “How are you feeling today?”. 

Antara tempat kesukaan aku. Sebab di sini tiada siapa menghakimi. Tiada siapa memandai menjadi juri. Aku bebas menjadi diri sendiri. Menangis sepuasnya tanpa nanti ada yang terburu mengadili. 

Antara tempat kesukaan aku. Sebab kali ini, bila ada yang berjanji, “We are in this together. Saya akan bantu Latifah. Latifah tak sendiri.” Aku betul betul tak merasa sendiri.

Sebab jujur, aku dah letih menangis sendiri. Dan kali ini, aku betul betul tak mahu sendiri.

Latifah

Klien psikologi dewasa

Saya tak minta banyak, saya cuma harap anak saya boleh kenal huruf, kenal nombor dan boleh membaca. Sejak masuk kelas EIP, saya perasan anak saya banyak sangat perubahan. Alhamdulillah, sekarang ni anak saya dah bersedia untuk masuk sekolah.

Annuryani Raihan

ibu kepada pelajar EIP

#KisahKita

Ketahui kisah psikologi yang dikongsikan sesama kita dan ketahui juga apa kata psikologis kami

Ikuti Kami