Masalah perkembangan bahasa dan pertuturan merupakan masalah perkembangan yang sering berlaku dikalangan kanak-kanak. Kanak-kanak mula mempelajari bahasa di awal usia mereka untuk belajar, membaca dan sebagainya. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah dalam pertuturan ini akan menghadapi risiko yang lebih tinggi dimana mereka sukar untuk membaca dan menulis apabila masuk ke sekolah nanti.
Kanak-kanak yang berkaitan dengan mana-mana kriteria yang disenaraikan di bawah ini disarankan untuk merujuk Terapis Bahasa dan Pertuturan untuk menjalani penilaian terapi bahasa dan pertuturan (speech therapy).
Kriteria kanak-kanak yang memerlukan penilaian bahasa dan pertuturan:
- Air liur meleleh yang berlebihan
- Kanak-kanak tidak dapat mengikut arahan tanpa isyarat visual tambahan
- Perkataan dan perkembangan percakapan yang lambat
- Gagap – pengulangan keseluruhan perkataan contoh : mm-mm-makan
- Kanak-kanak mempunyai perbendaharaan kata dan perkataan tetapi tidak menggunakan Bahasa yang sesuai untuk berkomunikasi atau bercerita
- Kesukaran menghisap, mengunyah dan menelan
- Kanak-kanak mengelak untuk bercakap
- Kemahiran memori yang lemah pada usia 5-6 tahun
- Kesukaran menyelaraskan pergerakan bibir, lidah dan rahang
- Tiada babbling pada umur 9 bulan
- Tiada perkataan pertama pada umur 15 bulan
- Tiada perkataan konsisten pada umur 18 bulan
- Tiada kombinasi perkataan pada umur 24 bulan
- Pecakapan sukar untuk di fahami oleh orang luar pada umur 36 bulan
- Kebimbangan ibu bapa, guru, profesional atau pengasuh berkaitan dengan bahasa dan pertuturan anak-anak