8 Petanda Anak Anda Memerlukan Intervensi

Gambar Blogpost 8 Petanda Anak Anda Memerlukan Intervensi

Setiap kanak-kanak ada carta perkembangan yang mereka akan kecapi, untuk setiap umur.

Contohnya, pada usia 12 bulan sepatutnya sudah boleh sebut perkataan dengan suku kata ringkas (mama, papa, baba, aaaa).

8 PETANDA ANAK ANDA PERLUKAN INTERVENSI

Anak anda mungkin perlukan bantuan sekiranya mereka masih TIDAK:

  • Meniru gerakkan muka pada usia 6-8 bulan
  • ‘Babbling’ pada usia 6-10 bulan
  • Merangkak pada usia 10 bulan
  • Berjalan pada usia 18 bulan
  • Memberi respons kepada bunyi pada usia 5-6 usia
  • Melambai, menunjukkan jari atau meniru pergerakan tangan pada usia 12 bulan
  • Bercakap dan memahami sekurang-kurangnya 50 perkataan pada usia 24 bulan
  • Mampu mengingati dan bercerita mengenai peristiwa lalu pada usia 3-4 tahun

Kadang-kadang, boleh jadi lewat atau cepat daripada biasa, atas faktor teknik didikan atau stimulasi oleh ibu bapa.

Tetapi, andai sudah lewat sangat berbanding cartanya, ibu bapa perlu mula cari jalan untuk pastikan perkembangan anak-anak ini tidak terbantut.

Bermula dengan penilaian (untuk pastikan apa puncanya) dan jika memerlukan, akan menjalani sesi terapi sebagai intervensi (supaya dapat kejar balik carta perkembangan yang tertinggal itu)

Penilaian boleh dilakukan oleh Psikologis Klinikal, Terapis Pertuturan atau Terapis Carakerja, bergantung kepada perkembangan apa yang mahu dinilai

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp