Tips OT: Apa Itu Deria, dan Kepentingan Kepada Kanak-Kanak?

Gambar Blogpost Tips OT: Apa Itu Deria, dan Kepentingan Kepada Kanak-Kanak?

Melalui piramid pembelajaran ini kita dapat mengetahui bahawa deria atau sensori merupakan perkara yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Asas pemprosesan dan penaakulan deria yang mantap sangat penting dalam memastikan anak-anak tidak menghadapi isu- isu berbangkit seperti tidak boleh fokus, tidak boleh duduk diam dan mempunyai sistem motor yang tidak matang apabila sudah semakin membesar.

Terdapat 7 deria sensori yang penting iaitu:

  • deria sentuhan
  • deria pergerakan (proprioception)
  • deria keseimbangan (vestibular)
  • deria visual/penglihatan
  • deria auditori/pendengaran
  • deria rasa
  • deria hidu

Sensori integrasi merujuk kepada cara sistem saraf menerima maklumat daripada persekitaran melalui sensori dan menterjemahkan kepada tindakbalas motor (action) dan tingkahlaku yang bersesuaian.

Apa yang ibu bapa perlu lakukan?

Untuk permulaan, asas yang perlu diberikan perhatian ialah penguasaan terhadap deria mereka.

  • Bermula semenjak lahir lagi, anda perlu kerap memberikan ransangan kepada deria dan motor kasar anak-anak. Contoh ransangan deria; biarkan bayi menggenggam jari anda, mainkan permainan yang berbunyi seperti kerincing atau yang tergantung seperti bola yang bertali.
  • Sebelum anak anda mencecah umur 2 tahun, anda perlu memperbanyakkan aktiviti \’floor time\’ seperti merangkak, berguling, berjalan di atas rumput atau pasir. Hal ini kerana aktiviti ini bertindak sebagai persediaan awal bagi kanak-kanak ini untuk menerima dan melakukan kemahiran-kemahiran aras tinggi. Ransangan deria berfungsi untuk memantapkan kemahiran pemprosesan deria mereka. Sekiranya mereka tidak boleh memproses dan menyimpan data deria-deria ini, anak akan mudah terganggu dan sukar untuk memproses maklumat yang lebih kompleks kelak ketika belajar kelak.

Apa itu Gangguan Pemprosesan Sensori (SPD)

Gangguan Pemprosesan Sensori (SPD) berlaku sekiranya kanak-kanak mengalami gangguan pada salah satu daripada sensori tersebut ianya akan menjejaskan beberapa kefungsian badan disebabkan maklumat menjadi tidak teratur dan mempunyai masalah dalam mentafsir persekitaran dengan cara yang berbeza dan akhirnya akan menjejaskan kehidupan harian.

Antara tanda-tanda SPD ialah

  • hipersensitif atau hyposensitif kepada sentuhan, pergerakan, penglihatan atau bunyian.
  • impulsif atau kurang kawalan diri.
  • kesukaran dalam menyesuaikan diri di tempat baru atau belajar benda baru.
  • mudah terganggu

Jurupulih carakerja atau lebih dikenali sebagai occupational therapist (OT) memainkan peranan penting dalam menjalankan ujian standard dan pemerhatian bagi menentukan jika kanak-kanak tersebut mengalami masalah dalam gangguan pemprosesan sensori. OT juga memainkan peranan penting dalam memberikan rawatan khusus melalui terapi integrasi sensori yang berkesan bagi meningkatkan keupayaan kepada sistem sensori.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp