Awas! Ini 8 Tanda-Tanda Kemurungan Ibu Selepas Bersalin

Gambar Blogpost Awas! Ini 8 Tanda-Tanda Kemurungan Ibu Selepas Bersalin

Kemurungan selepas bersalin boleh menjejaskan ibu dengan cara yang berbeza. Gejala boleh bermula pada bila-bila masa dalam tahun pertama selepas bersalin dan mungkin muncul secara tiba-tiba atau sedikit demi sedikit.

Ramai wanita berasa agak \’down\’, sedih atau gelisah pada minggu pertama selepas bersalin. Keadaan ini dipanggil 𝙗𝙖𝙗𝙮 𝙗𝙡𝙪𝙚𝙨 dan sangat biasa dialami oleh para ibu sehingga ia dianggap normal. Kebiasaannya, 𝘣𝘢𝘣𝘺 𝘣𝘭𝘶𝘦𝘴 tidak bertahan lebih daripada 2 minggu selepas bersalin.

Tetapi, jika gejala bertahan lebih lama, ia mungkin menjadi petanda bahawa anda mengalami kemurungan selepas bersalin.

Apakah tanda-tanda kemurungan selepas bersalin?

Anda mungkin mengalami kemurungan jika anda mempunyai lima atau lebih tanda atau gejala yang berlarutan melebihi 2 minggu. Tanda-tandanya termasuk:

🔹Rasa sedih dan low mood berpanjangan
🔹Rasa serba salah atau putus asa
🔹Berfikir ingin mencederakan diri atau pemikiran menakutkan yang lain
🔹Rasa serba kekurangan dan membenci bayi serta ahli keluarga yang lain
🔹Perubahan dalam tidur dan hilang selera makan
🔹Rasa gelisah, letih, atau tiada tenaga
🔹Kurang tumpuan dan daya ingatan
🔹Hilang minat dalam perkara yang dahulunya memberi keseronokan

Kemurungan selepas bersalin ini bukan salah anda. Ia tidak menjadikan anda orang yang jahat atau ibu yang jahat. Jika anda fikir anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin, berjumpalah dengan profesional kesihatan mental dengan segera.

Jangan berjuang sendirian dan berharap masalah ini akan hilang dengan sendirinya. Ia boleh berterusan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun serta menjadi lebih teruk jika tiada apa-apa yang anda lakukan. Kemurungan boleh dirawat dan anda boleh menjadi lebih baik dengan bantuan yang betul.

Pasangan kepada ibu yang baru bersalin juga berkemungkinan tertekan selepas kelahiran bayi. Anda juga harus mendapatkan bantuan jika ini menjejaskan anda.

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp