Faktor Risiko Kemurungan Selepas Bersalin Yang Anda Perlu Tahu

Gambar Blogpost Faktor Risiko Kemurungan Selepas Bersalin Yang Anda Perlu Tahu

Kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression bukan hanya berisiko dialami oleh ibu yang baru pertama kali melahirkan, tetapi ia juga boleh memberi kesan kepada ibu yang sudah mempunyai anak dan ibu angkat.

Bukan itu sahaja, beberapa kajian pula telah menunjukkan bahawa pasangan juga boleh mengalami kemurungan selepas bersalin. Tanpa kita ketahui, ramai lelaki di luar sana bergelut dengan kesihatan mental selepas menjadi bapa. Tetapi stigma dan norma masyarakat menghalang mereka daripada mendapatkan bantuan.

Apa yang menyebabkan kemurungan selepas bersalin?

Sebab utama mengapa ia boleh terjadi tidak diketahui, tetapi beberapa faktor penyumbang mungkin meningkatkan peluang seseorang individu untuk mengalaminya.

Walaupun kemurungan selepas bersalin boleh menjejaskan sesiapa sahaja, terdapat beberapa faktor yang berisiko tinggi seperti :
🔹Sejarah gangguan mood atau anzieti
🔹Sejarah keluarga yang mengalami depresi atau penyakit mental
🔹Perubahan hormon
🔹Kurang tidur
🔹Alami peristiwa tertekan baru-baru ini (cth: kematian ibu bapa atau berpindah)
🔹Jangkaan terhadap diri anda atau jangkaan pasangan anda terhadap anda
🔹Kurang sokongan daripada keluarga atau rakan
🔹Tekanan emosi berpunca daripada tekanan sosial (cth: \’Supermom\’)
🔹Alami perubahan fizikal selepas bersalin
🔹Pengalaman penderaan atau keganasan
🔹Pendapatan yang tidak mencukupi
🔹Komplikasi perubatan pada anda atau bayi anda

Sekiranya anda mempunyai satu atau lebih daripada faktor risiko ini, ia tidak bermakna anda pasti akan mengalami kemurungan selepas bersalin. Kemurungan boleh bermula tanpa sebab atau punca yang jelas.

Jika anda tertanya-tanya sama ada anda mungkin mengalaminya, atau anda mengesyaki anda sedang mengalami kemurungan selepas bersalin, dinasihatkan untuk dapatkan konsultasi bersama profesional. Dalam masa yang sama, anda juga boleh mendapatkan sokongan daripada orang tersayang atau kumpulan sokongan lain.

Sebagai konklusi, jangan terlalu \’keras\’ terhadap diri sendiri. Badan, minda dan tenaga anda telahpun digunakan untuk banyak perkara kebelakangan ini.

Kemurungan yang anda alami tidak bermakna anda tidak sesuai untuk menjadi ibu bapa, atau anda tidak menyayangi bayi anda. Sayangi diri anda, dan dapatkan bantuan sokongan dan rawatan segera.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp