Panas Baran Membawa Kecelakaan

Gambar Orang Marah dalam Kereta

Mungkin seseorang memotong anda di jalan raya atau orang yang disayangi tidak mempedulikan anda, lalu anda merasa panas hati. Atau ketika anda pulang ke rumah selepas hari yang panjang di tempat kerja, anda terdengar bunyi bising dari jiran lalu ia mencetus kemarahan anda, atau mungkin juga kekalahan pasukan sukan kegemaran anda membuat anda mengamuk — ini mungkin menunjukkan anda seorang yang panas baran.

Kemarahan adalah emosi yang semua orang akan alami pada satu ketika dalam hidup mereka. Malah, kemarahan adalah emosi yang perlu dirasai kerana ia bertindak sebagai satu bentuk perlindungan daripada ancaman yang mungkin berlaku. Walau bagaimanapun, jika anda mendapati diri anda marah dengan kerap, anda mungkin panas baran.

Punca

Banyak perkara boleh mencetuskan kemarahan, termasuk tekanan, masalah keluarga dan masalah kewangan. Bagi sesetengah orang, kemarahan boleh disebabkan oleh isu lain, seperti ketagihan alkohol atau kemurungan. Kemarahan tidak dianggap sebagai gangguan, tetapi kemarahan adalah simptom-simptom kepada beberapa keadaan kesihatan mental.

Berikut adalah beberapa kemungkinan penyebab masalah kemarahan dan panas baran:
• Rendah toleransi terhadap stress
• Keadaan kesihatan mental seperti kemurungan, gangguan bipolar dan gangguan obsesif kompulsif.
• Perkembangan zaman kanak-kanak
• Penyalahgunaan bahan seperti dadah dan alkohol

Kesan

Jika anda seorang yang panas baran dan mempunyai kemarahan yang tidak dapat diramalkan atau kawal, tingkah laku ini boleh memberi kesan kepada beberapa isu sosial, fizikal dan juga psikologi. Hal ini kerana, kemarahan anda telah menjadi masalah. Orang di sekeliling akan cenderung memilih kata-kata mereka dengan berhati-hati dan kelihatan gelisah apabila berinteraksi dengan anda, ini mungkin kerana mereka takut mencetuskan kemarahan anda. Kerana orang sangat berhati-hati dengan perangai anda dan anda mungkin akan dipulau.

Ia adalah perkara biasa untuk marah terhadap pemanduan secara cuai dan melulu. Namun, apabila sikap panas baran tidak dikawal semasa pemanduan, ia boleh membawa kepada kecederaan atau kemalangan. Kajian telah menunjukkan bahawa wujud hubungan antara kemarahan ketika memandu dan kemalangan jalan raya. Ini mungkin berlaku kerana anda terlalu fokus pada perasaan anda, menyebabkan tumpuan yang lemah semasa memandu.

Jika anda merasakan bahawa sikap panas baran dan emosi anda terlalu kuat dan tidak dapat dibendung melalui bantuan diri sendiri, anda boleh mendapatkan bimbingan profesional untuk membantu anda mengawal keadaan emosi anda.

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp