Tahukah anda, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 menunjukkan terdapat 7.9 peratus kanak-kanak dan remaja berumur dalam lingkungan 5 hingga 15 tahun didapati mengalami masalah kesihatan mental.
Selain itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyatakan terdapat 50 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mengalami masalah kesihatan mental sebelum mereka berumur 14 tahun. Manakala 75 peratus lagi bermula pada umur 20 tahun.
Tinjauan statistik ini adalah antara kes yang dapat dikesan dan mereka ini telah menerima rawatan bagi masalah kesihatan mental yang mereka alami.
Perkara ini menunjukkan masalah kesihatan mental remaja kian membimbangkan. Oleh itu, amat penting untuk ibu bapa mempunyai kesedaran tentang masalah kesihatan mental remaja agar tahap kesihatan mental anak mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Kesihatan mental
- Merupakan satu keadaan di mana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Jika salah satu keadaan ini tidak dapat digunakan dengan baik atau sebaliknya maka ia akan menjadi masalah dan mengganggu rutin harian.
Punca Masalah Kesihatan Mental pada Remaja
- Remaja yang mengalami masalah kesihatan mental kebanyakannya berpunca daripada faktor persekitaran, sekolah, keluarga, rakan-rakan atau faktor genetik. Punca ini merupakan isu awal bagaimana terjadinya masalah kesihatan mental dikalangan remaja. Oleh itu, ibu bapa perlu mengetahui cara menangani masalah kesihatan mental dikalangan remaja.
Jenis-jenis Gangguan Kesihatan Mental
Remaja mungkin mengalami:
- Anxiety Disorders – Post Traumatic Stress Disorder (PTSD), Obsessive Compulsive Disorder (OCD)
- Emotional Disorders – clinical depression and bipolar disorder
- Psychotic Disorders – Schizophrenia
- Eating Disorders – Bulimia and anorexia nervosa
- Developmental Disorders – Attention deficit/hyperactivity disorder (ADHD)
- Oppositional Defiant Disorder (ODD)
- Autism Spectrum Disorder (ASD)
Sebelum membuat rawatan lanjutan, ibu bapa perlu memerhati dan mengetahui tanda atau gejala masalah kesihatan mental pada anak remaja anda. Tanda-tanda dan gejala gangguan kesihatan mental ini boleh berlaku akibat daripada tekanan secara fizikal, sosial atau persekitaran.
Tanda dan Gejala Masalah Kesihatan Mental pada Remaja
Anak anda mungkin mengalami:
- Perubahan dalam tidur
- Perubahan akademik yang ketara di sekolah
- Murung, mudah terasa dan berasa penat secara emosi
- Hilang selera makan (terlalu banyak atau terlalu sedikit makan)
- Kehilangan minat atau keinginan terhadap perkara-perkara yang dahulunya menggembirakan atau menarik
- Kerap mengasingkan diri dan bersendirian
- Menghabiskan sebahagian besar masa untuk berfikir atau bercakap mengenai berat badan atau bentuk badan mereka
- Turun berat badan dengan ketara
- Gemuruh, berdebar-debar dan rasa tidak bersemangat
- Mencederakan diri
Hubungi Kami
Jika anak remaja anda menunjukkan tanda-tanda awal masalah kesihatan mental, anda dinasihatkan untuk membawa anak anda berjumpa dengan psikologis klinikal kami bagi mendapatkan bantuan dan rawatan segera.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.