Kanak-kanak dan Stress: Kehilangan dan Kehibaan 

arwan-sutanto-H566W24FyL8-unsplash

Kehibaan adalah proses yang melibatkan kesedihan mendalam yang berpunca daripada gangguan dalam rutin, perpisahan atau perubahan dalam perhubungan yang berada di luar kawalan seseorang. 

Kanak-kanak dalam lingkungan usia prasekolah mungkin melihat kehilangan sebagai sesuatu yang sementara dan boleh diterbalikkan. Tetapi kanak-kanak berusia lima ke sembilan tahun sudah mula berfikir tentang kehilangan seperti orang dewasa. 

Antara punca kanak-kanak boleh mengalami kehilangan dan kehibaan termasuk kematian, penceraian, berpindah tempat tinggal, atau ibu bapa dipenjarakan. 

Ibu bapa hendaklah mengetahui reaksi normal dan tanda-tanda apabila sukar menghadapi kehilangan dan kehibaan dalam kanak-kanak. 

Tanda-tanda kehilangan dan kehibaan yang boleh dianggap normal adalah: 

– Ketidakupayaan tidur atau mengalami mimpi ngeri apabila tidur

– Kencing malam 

– Hilang selera makan atau makan secara berlebihan 

– Kerap mengadu sakit perut atau sakit kepala

– Berkelakuan hiperaktif 

– Bersifat agresif 

– Berasa marah 

– Lebih banyak menyentuh atau memeluk orang di sekeliling mereka

Kanak-kanak yang mengalami kehilangan mungkin berubah daripada berasa sedih kepada bermain atau sebaliknya dalam masa yang singkat. Ini merupakan mekanisme pertahanan diri yang membantu mereka untuk mengatasi perasaan sedih mereka. 

Amat penting bagi ibu bapa untuk memerhatikan tanda-tanda anak anda mengalami masa yang sukar untuk memproses sesuatu kehilangan. Berikut adalah beberapa tanda amaran yang mungkin menunjukkan anak anda memerlukan bantuan profesional.

Tanda-tanda kesukaran menghadapi kehilangan dan kehibaan adalah:

– Tempoh kemurungan yang berpanjangan di mana kanak-kanak hilang minat dalam menjalankan aktiviti seharian

– Bertindak tidak selari dengan usia (lebih muda daripada usia sebenar) dalam tempoh yang lama

– Banyak meniru perbuatan dan percakapan orang yang telah pergi

– Kerap menyatakan keinginan untuk mengikuti orang yang telah mati 

– Prestasi akademik di sekolah menurun secara mendadak 

– Bertindak menyakitkan diri sendiri

– Bermain secara kasar atau ganas 

– Tanda-tanda “normal” makin kerap berlaku seiring masa berjalan

Hubungi Kami

Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda kesukaran menghadapi kehilangan dan sukar mengawal kehibaan dalam tempoh masa yang sangat panjang, anda dinasihatkan untuk membawa anak anda berjumpa dengan psikologis klinikal kami bagi mendapatkan sokongan yang diperlukan dengan segera.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp