Penggunaan media sosial mempunyai kesan yang sama seperti dadah!

side-view-kid-holding-smartphone (1) (1) (1)-compressed (1)

Seperti dadah, media sosial boleh membawa kesan negatif dalam kehidupan seseorang jika tidak dirawat. Ini kerana, media sosial kini menjadi platform yang mendominasi kehidupan seharian kita.

Tambahan pula, menurut seorang Pakar Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rozanizam Zakaria. Beliau berkata:

Penggunaan media sosial dapat mengaktifkan ‘reward circuit’ dalam otak manusia dan jika berlebihan, ianya akan membuatkan seseorang itu cenderung untuk sentiasa menggunakan media sosial bagi merangsang bahagian otak sehingga kehilangan kawalan. 

Jika penggunaannya dapat dikawal dengan baik, media sosial boleh memberikan kesan yang positif kepada seseorang. Namun, jika sebaliknya, perkara ini tidak mustahil dapat memberikan kesan yang buruk kepada mental dan emosi seseorang. Terutama sekali terhadap golongan anak muda. Golongan anak muda ini dianggarkan berusia dari 18 hingga 22 tahun.

Persoalannya, apakah kesan daripada penyalahgunaan media sosial?

Kesan Penyalahgunaan Media Sosial

  • Kemurungan dan anxiety

Kemurungan dan anxiety adalah keadaan utama yang mempengaruhi kesihatan mental. Individu yang mengalami kemurungan mempunyai pemikiran yang tidak rasional, berasa sedih yang berterusan, kehilangan minat dalam hal-hal yang menyeronokkan, insomnia, keletihan dsb. 

  • Ketagihan

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kanak-kanak seawal 12 tahun di negara ini rata-rata telah pun memiliki telefon pintar. Manakala, sebuah laporan kajian Globalstat menunjukkan sebanyak 72 peratus penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama sekali kebergantungan terhadap telefon pintar. 

Kajian ini menunjukkan bahawa isu ketagihan terhadap media sosial dalam kalangan anak muda semakin membimbangkan. Perkara inilah yang menjadikan Malaysia negara yang ketiga mempunyai kadar ketagihan internet yang tinggi sekaligus mengganggu kesihatan mental mereka.

  • Bunuh diri

Bunuh diri adalah yang keempat daripada sepuluh punca utama kematian bagi individu yang berumur 15 hingga 29 tahun di dunia.  Lebih membimbangkan, terdapat purata 1 kes bunuh diri setiap 40 saat. Media sosial juga boleh menjadi ‘medium membunuh’ dalam masyarakat masa kini.

Sebagai contoh…

  1.  HANYA kerana ‘content’ media sosial seorang wanita berumur 21 tahun yang pada mulanya cuma berniat berlakon untuk membunuh diri tanpa sengaja telah mati dengan serta merta akibat tergelincir. Yang menyebabkan dirinya terjerut dan tergantung.
  2. AKIBAT fitnah dan komen-komen cemuhan di akaun Facebook kerana membuat video ‘Tik Tok’ bersama rakan sekerjanya yang merupakan seorang warga asing, wanita melayu yang berumur 20 tahun dipercayai membunuh diri kerana rasa malu.

  • Kehilangan kemahiran bersosial

Menurut pandangan Ketua Bahagian Kaunseling, Universiti Putra Malaysia, Mohd Redzuan Zamberi, beliau berkata bahawa media sosial dapat mempengaruhi konsep diri dan mental anak-anak muda. 

Sebagai contoh, akibat terlampau leka dengan media sosial, individu yang mempunyai personaliti ‘extrovert’ boleh bertukar menjadi ‘introvert’. Tambah-tambah lagi dalam kalangan anak muda yang terdedah kepada buli siber di dalam alam maya.

  •  Brain fog

Ia merupakan satu keadaan dimana individu mengalami kekeliruan, kealpaan dan kesukaran untuk memberikan tumpuan. Keadaan ini berlaku apabila seseorang terlalu banyak menghabiskan masa di hadapan skrin, terlalu banyak bekerja, kurang tidur dan stress. 

Penyalahgunaan media sosial boleh mendatangkan banyak kesan negatif seperti kemurungan, ketagihan, mempunyai niat untuk bunuh diri, kekurangan minat untuk bersosial dan “brain fog”. Namun, masyarakat hari ini sering memandang rendah terhadap kesan negatif yang mungkin berlaku.

Kebanyakan daripada individu yang ketagihan media sosial menganggap perkara itu biasa atau malu untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Hal ini berlaku kerana, terdapat stigma dalam masyarakat yang memandang serong terhadap individu yang mempunyai masalah kesihatan mental. 

Tanda-Tanda Awal Mencegah Ketagihan Media Sosial

Jadi, disini kami kongsikan tanda-tanda awal bagi  mencegah kesan negatif tersebut: 

  • Mementingkan penggunaan media sosial berbanding keperluan seharian yang lain
  • Sukar untuk mengurangkan atau mengawal penggunaan media sosial
  • Berasa gelisah, murung dan tidak tenang apabila tidak berpeluang untuk melihat telefon bimbit
  • Mempunyai waktu-waktu tertentu untuk menggunakan media sosial
  • Sering menjadikan media sosial sebagai platform untuk mengendalikan tekanan 

Hubungi kami

Jika anda atau orang terdekat dengan anda mempunyai tanda-tanda awal atau menghadapi kesan daripada penyalahgunaan media sosial, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan psikologis klinikal kami bagi mendapatkan bantuan dan rawatan segera.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

 

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp