Kemahiran Pengurusan Diri: 5 Kaedah Mendidik Kanak-kanak Autisme

pexels-rodnae-productions-8083726

Aktiviti pengurusan diri melibatkan kemahiran dan tingkah laku yang bertujuan untuk penjagaan dan kesihatan diri. Kemahiran ini penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak kerana ia membenarkan mereka untuk melakukan aktiviti harian secara berdikari. 

Aktiviti pengurusan diri meliputi aktiviti-aktiviti penjagaan kebersihan diri, penyediaan makanan dan pengurusan wang dan masa. 

Kanak-kanak yang mempunyai autisme menghadapi kesukaran untuk menguasai kemahiran ini dan memerlukan bantuan yang lebih dalam menjalani kehidupan harian mereka.

Oleh itu, berikut adalah antara kaedah yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mendidik kanak-kanak autisme tentang kemahiran pengurusan diri. 

1. Intervensi Antecedent-Based 

Intervensi ini melibatkan pelbagai pengubahsuaian terhadap persekitaran anak anda dalam usaha membentuk tingkah laku mereka. 

Antara strategi yang digunakan dalam intervensi antecedent-based adalah melabel laci dan almari untuk mengajar organisation, memberi pilihan kepada anak, menggunakan penentu masa (timer) semasa menjalani rutin pagi, rutin malam dan sebagai peringatan sebelum melakukan aktiviti yang tidak mereka gemari. 

2.  Intervensi Behavioral Momentum 

Intervensi Behavioral Momentum adalah intervensi di mana tugas yang mudah didahulukan sebelum tugas yang sukar. Ini membenarkan anak anda untuk mendapatkan momentum yang kemudiannya memudahkan mereka untuk melakukan tugasan yang sukar. 

Misalnya, jika anak anda telah menguasai kemahiran memakai pakaian, anda boleh membenarkan mereka untuk memulakan hari mereka dengan mandi dan bersiap sebelum mengambil sarapan pagi. 

3. Modelling (Tunjuk Cara)

Kaedah menunjukkan cara melakukan sesuatu adalah kaedah yang sering digunakan kerana ia mudah dan berkesan untuk mengajar anak-anak.

Untuk menggunakan cara ini, anda perlu memberikan demonstrasi yang betul dan memastikan anak anda menumpukan perhatian kepada gerak-geri anda. Kemudian, anda boleh meminta mereka untuk melakukan semula perbuatan yang anda tunjuk. 

Anda juga disarankan untuk duduk di belakang anak anda supaya mereka boleh melihat pergerakan tangan anda dengan jelas. 

4. Kaedah Reinforcement          

Reinforcement adalah kaedah di mana anda memberikan consequences (kesan-kesan) apabila anak anda menunjukkan tingkah laku yang diingini dengan tujuan meningkatkan kebarangkalian mereka akan mengulangi tingkah laku itu. 

Antara cara yang boleh anda lakukan adalah dengan memberi pujian, membenarkan mereka bermain telefon atau memberi ganjaran wang atau makanan, apabila mereka berjaya melakukan aktiviti.

5. Bantuan Visual

Bantuan visual adalah petunjuk konkrit yang menyampaikan informasi tentang aktiviti atau rutin yang perlu anak-anak lakukan. 

Antara contoh bantuan visual adalah jadual visual, senarai semak aktiviti dan gambar-gambar aktiviti. Sebagai contoh, anda boleh menampal gambar cara-cara menggosok gigi di cermin tandas. 

Jika anak anda mengalami kesukaran dalam menjalankan tugasan harian, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan ahli profesional seperti psikologis klinikal atau terapis cara kerja kami bagi menjalani penilaian awal perkembangan.

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp