8 Strategi untuk Bantu Kanak-kanak dengan Selective Mutism

3BA5E5EE-FE80-43E5-896E-58642281BBFD

Selective mutism adalah sejenis anxiety disorder di mana individu itu berasa sukar untuk berkomunikasi dalam situasi sosial yang tertentu. Kanak-kanak yang mempunyai selective mutism bukan dikatakan tidak boleh bercakap tetapi mereka berasa gementar untuk bercakap.  

Berikut adalah lapan(8) strategi yang boleh anda gunakan untuk membantu anak yang mempunyai selective mutism

1. Mendidik Diri Sendiri dan Orang Lain tentang Selective Mutism 

Ibu bapa boleh belajar lebih lanjut tentang selective mutism untuk memahami keadaan anak anda dengan lebih mendalam dan belajar untuk berinteraksi dengan mereka menggunakan cara yang berkesan. 

Anda juga boleh menjelaskan tentang apa itu selective mutism kepada orang luar seperti guru-guru mereka dan ahli keluarga. 

2. Memberikan Mereka Masa untuk Warm up

Ibu bapa dan guru disarankan untuk memberikan kanak-kanak masa dalam proses mereka membiasakan diri dengan persekitaran mereka. Ibu bapa boleh membawa mereka ke tempat pertemuan lebih awal dan tenangkan mereka dengan memberitahu bahawa mereka boleh bercakap setelah berasa selesa.

Pada masa yang sama, guru boleh meminta mereka untuk datang ke kelas 15 minit lebih awal. Anda boleh menggunakan teknik-teknik ice breaking sebagai persediaan bagi membantu kanak-kanak untuk berinteraksi. 

3. Membina Hubungan yang Erat dengan Kanak-anak 

Ibu bapa boleh mengukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan dengan anak anda dalam usaha membantu mereka. Sebagai contoh, anda boleh menjalankan aktiviti yang memerlukan interaksi seperti bermain board game, memasak, membuat kraf tangan atau bermain bola. 

Selain itu, penting bagi anda untuk validate perasaan mereka dan menyediakan ruang yang selamat untuk mereka menyuarakan emosi mereka. 

4. Memberi Pujian secara Khusus 

Ibu bapa dan guru boleh memberikan pujian secara khusus apabila mereka melakukan percubaan untuk berinteraksi. 

Contohnya, “Pandai adik bagi Mama kertas”

Perbuatan ini akan memberikan mereka semangat untuk mencuba lagi. 

5.  Merancang Playdates

Kanak-kanak dengan selective mutism boleh bercakap apabila mereka berasa selesa dengan seseorang. Oleh itu, one-on-one playdates merupakan antara cara yang terbaik untuk membantu anak anda membina persahabatan dengan rakan sebaya.  

Guru pula boleh membenarkan kanak-kanak untuk duduk di sebelah rakan yang mereka rapat di dalam kelas. Anda juga boleh memberikan tugasan berkumpulan untuk mereka. 

6. Mengamalkan Mindful Breathing 

Anda boleh mengajar anak anda untuk mengamalkan teknik-teknik pernafasan bagi mengawal perasaan gementar mereka. Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan mempraktikkan meniup buih dengan anak anda. 

7. Mempraktikkan Brave Talking 

Brave talking adalah satu strategi yang membenarkan kanak-kanak untuk berlatih bercakap dalam persekitaran yang selesa. Anda boleh berlakon bersama anak anda dengan menggunakan skrip yang mudah untuk mencerminkan perbualan yang sering berlaku dalam kehidupan seharian. 

Misalnya, berlatih cara untuk memesan makanan di kedai makan atau meminta kebenaran guru untuk ke tandas. 

8. Merujuk Ahli Profesional

Anda dinasihatkan merujuk ahli profesional bagi menangani isu selective mutism anak anda. Selain mendiagnosis selective mutism, psikologis boleh menjalankan pelan rawatan yang bersesuaian untuk membantu anak anda. 

Kebiasaannya, psikologis akan menjalankan behavioural therapy (terapi tingkah laku) atau psychotherapy. Segelintir kanak-kanak dengan selective mutism mungkin perlu jalani terapi pertuturan atau terapi cara kerja. 


Jika anda mengesyaki anak anda mempunyai beberapa simptom selective mutism, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan ahli profesional seperti psikologis klinikal kami bagi menjalani penilaian awal perkembangan.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp