Anxiety vs Serangan Panik : Apakah Perbezaannya?

Anxiety vs Serangan Panik Apakah Perbezaannya Gambar Blogpost Jiwadamai

Pada era pasca Covid-19 ini, acap kali kita dengar akan terma anxiety (kebimbangan) dan panic attack (serangan panik). Istilah serangan panik dan kebimbangan sering diguna pakai secara bergantian, namun keduanya memiliki ciri-ciri, jangka masa dan intensiti yang berbeza. Serangan panik atau turut dikenali sebagai panic attack secara umumnya lebih tegang berbanding kebimbangan.

Kebanyakan individu akan berasa cemas dan gelisah terutamanya apabila berhadapan dengan situasi yang tertekan seperti mempunyai janji temu pertama, pelajar yang akan menduduki peperiksaan, mahupun mereka yang akan mengadakan pembentangan. Kebimbangan adalah emosi biasa hasil dari tindak balas kepada situasi yang tertekan dan boleh membantu anda menjadi lebih fokus dan berwaspada. Akan tetapi, sekiranya seseorang individu itu kerap berasa sangat gelisah atau takut, atau risau melampau, itu mungkin merupakan tanda-tanda anxiety.

Anda ingin mengetahui ciri-ciri persamaan mahupun perbezaan bagi anxiety dan serangan panik ini? Teruskan membaca artikel ini dengan lebih lanjut!

Fahami perbezaan bagi gejala-gejala kebimbangan dan serangan panik

Gejala-gejala (simptom) kebimbangan seperti perasaan resah, risau, jantung berdegup laju merupakan simptom-simptom khusus yang dapat dilihat dalam penyakit anxiety disorders. Selain itu, gejala-gejala kebimbangan juga dapat dilihat secara umum dalam masalah kesihatan mental yang lain seperti post traumatic stress disorder (PTSD) dan obsessive-compulsive disorder (OCD).

Manakala, serangan panik (panic attacks) merupakan simptom khusus yang sering terjadi kepada mereka yang menghidap panic disorder. Ia juga merupakan simptom umum yang dapat dilihat dalam masalah kesihatan mental yang lain seperti anxiety disorders, PTSD, substance use disorders dan lain-lain.

Gangguan kebimbangan atau dengan nama lainnya disebut sebagai anxiety ini dicirikan oleh ketakutan dan kebimbangan. Ketakutan adalah tindak balas emosi seseorang individu terhadap sesuatu yang dianggap mengancam diri mereka, sementara kebimbangan adalah jangkaan ancaman yang bakal di hadapinya pada masa hadapan. Ketakutan dan kebimbangan adalah keadaan yang berkaitan tetapi berbeza dalam cara utama. Ketakutan dikaitkan dengan rangsangan autonomi (contoh; degupan jantung dan kadar pernafasan menjadi lebih laju) yang diperlukan dalam diri seseorang individu untuk melawan atau melarikan diri apabila berhadapan dengan situasi yang mengancam mereka, pemikiran tentang bahaya serta-merta dan tingkah laku melarikan diri (contoh melarikan diri daripada ancaman yang dilihat, meneutralkan ancaman dengan paksaan). Manakala kebimbangan pula dikaitkan dengan ketegangan otot, persediaan berjaga-jaga untuk ancaman yang bakal dihadapinya dan tingkah laku berhati-hati atau mengelak (misalnya, mengelak situasi sosial). Gejala kebimbangan mengambil masa berhari-hari atau boleh menjadi sampai berbulan-bulan secara berterusan.

Serangan panik merupakan peningkatan/lonjakan perasaan kegelisahan, ketakutan, dan ketidakselesaan seperti palpitasi dan sesak dada, yang teruk yang datang secara mendadak dan akan mencapai kemuncak dalam beberapa minit. Berbeza dengan anxiety dimana gejalanya berterusan selama beberapa hari atau boleh mencapai beberapa bulan, serangan panik sering terjadi dalam masa beberapa minit.

Gangguan kebimbangan cenderung dua kali lebih biasa di kalangan wanita, bagaimanapun, lelaki dan wanita boleh mengalami gangguan kebimbangan.

Apakah punca serangan panik (panic attack) dan kebimbangan (anxiety)

Seringkali kebimbangan tidak mempunyai pencetus luaran yang jelas, manakala punca bagi serangan panik pula tidak dijangka. Namun, perkara-perkara berikut mampu untuk menjadi pencetus bagi kedua-dua serangan:

  • Penyakit kronik, seperti asma, penyakit jantung, sindrom iritasi usus, atau diabetes
  • Tertekan bekerja
  • Situasi sosial
  • Fobia, seperti claustrophobia (ketakutan terhadap ruang yang kecil atau sempit), agoraphobia (ketakutan terhadap kawasan yang sesak atau terbuka),  dan acrophobia (takut ketinggian)
  • Memandu
  • Pengambilan kafein
  • Pengalaman traumatik
  • Pengambilan ubat atau alkohol
  • Masalah tiroid
  • Ubat dan makanan tambahan

Apakah gejala-gejalanya?

Berikut merupakan gejala-gejala bagi kebimbangan dan serangan panik.

Kebimbangan (anxiety):
Gejala anxiety boleh berlaku dalam tempoh masa yang lebih lama daripada panic attack. Simptom panik boleh menjadi lebih jelas dalam beberapa minit atau jam. Walaubagaimanapun, kebimbangan ini mampu bertahan jauh lebih lama selama beberapa hari, minggu, bahkan berbulan. Namun, kesannya tidak sekuat panic attack.

Gejala kebimbangan termasuk:
• Kegelisahan
• Sesak nafas
• Gangguan tidur
• Mudah terkejut
• Sakit otot
• Rasa kebas di hujung kaki
• Jantung berdegup kencang atau laju
• Sakit dada
• Mudah marah
• Hilang tumpuan
• Pening kepala
• Mulut kering
• Keletihan
• Ketakutan
• Perasaan seakan tersedak
• Risau dan susah hati

Serangan Panik:
Bagi serangan panik, ia biasanya terjadi secara tiba-tiba, tanpa pencetus yang jelas. Simptom panik juga cenderung memuncak setelah 10 minit, kemudian secara beransur-ansur akan mereda. Namun, beberapa serangan ini dapat terjadi secara berturutan, menjadikannya berlangsung lebih lama.

Gejalanya adalah termasuk:
• Gementar
• Loya
• Sakit perut
• Jantung berdegup kencang atau laju
• Sesak nafas
• Pening kepala
• Sakit dada
• Perasaan seakan tersedak
• Menggigil
• Berpeluh
• Rasa kebas di hujung kaki

Bukan itu sahaja, individu yang mengalami panic attack ini juga boleh:
• Mempunyai ketakutan secara tiba-tiba dengan rasa bahawa mereka akan mati
• Rasa hilang kawalan
• Berasa terasing daripada diri sendiri, yang disebut depersonalisasi, dan rasa terasing daripada persekitaran
• Berasa seperti mereka akan menjadi gila

Membezakan serangan panik dan kebimbangan (anxiety)

Oleh sebab gejala-gejala atau simptom anxiety dan juga panic attack mempunyai ciri-ciri yang seakan-akan serupa dan boleh mengelirukan anda, orang ramai mungkin sukar untuk membezakan antara anxiety dan panic attack.

Tips di bawah dapat membantu anda mengenal pasti perbezaan bagi kedua-dua serangan ini dengan lebih jelas:

  1. Kebimbangan atau anxiety terjadi hasil daripda tindak balas terhadap tekanan atau ancaman yang dirasakan, sementara, serangan panik kebiasaannya terjadi tanpa sebarang pencetus.
  2. Kebimbangan boleh menjadi lebih intens secara beransur-ansur dalam beberapa minit, jam, atau hari. Manakala, serangan panik kebiasaannya terjadi secara tiba-tiba.
  3. Kebimbangan dapat berlaku dalam jangka masa yang panjang, sementara, serangan panik juga biasanya mereda setelah beberapa minit (5-20 minit).

Cara mengendalikan serangan panik dan kebimbangan (anxiety)

Sekiranya anda mengalami anxiety atau panic attack, anda boleh mencuba perkara-perkara berikut:

  1. Praktiskan teknik deep breathing: Apabila anda merasakan nafas semakin cepat, anda boleh memberikan lebih fokus ataupun perhatian anda pada pernafasan setiap kali menghirup dan menghembuskan nafas. Perlahan-lahan tarik nafas dalam-dalam dan tahan selama 8 detik. Setelah itu, hembuskannya secara perlahan-lahan. Anda boleh cuba beberapa kali dan praktiskannya.
  2. Practice awareness: Intervensi berdasarkan kesedaran semakin banyak digunakan untuk merawat kebimbangan dan gangguan panik. Kesedaran adalah teknik yang dapat menolong anda meletakkan pemikiran pada masa sekarang. Anda boleh mempraktikkan tumpuan dengan memerhatikan fikiran dan sensasi secara aktif tanpa bertindak balas terhadapnya.
  3. Gunakan relaxation techniques: Teknik ini merangkumi menggunakan aromaterapi, guided imaging, dan relaksasi otot. Selain itu, kaedah seperti yoga mahupun meditasi juga boleh membantu menenangkan jiwa anda. Sekiranya anda mengalami gejala kebimbangan atau serangan panik, cubalah lakukan perkara-perkara yang dapat menenangkan anda.
  4. Rujuk pakar psikologi: Jika kebimbangan atau serangan panik menjadi terlalu kerap serta menjejaskan rutin harian anda, pertimbangkan untuk mendapatkan nasihat dariada pakar psikologi.

Jika anda terdapat sebarang masalah berkenaan hal yang sedemikian, kami di Jiwadamai juga boleh membantu anda menangani masalah ini bersama. Kami juga boleh membantu anda dalam isu psikologi yang lain yang dihadapi daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah ke dewasa sama ada ia isu kesihatan mental mahupun isu perkembangan kanak-kanak secara holistik kerana ahli klinikal kami terdiri daripada Pakar Psikiatri, Pakar Psikiatri Kanak-Kanak, Psikologis Klinikal, ahli terapi cara kerja (occupational therapist), dan juga ahli terapi pertuturan (speech therapist).

Jikalau tidak keberatan, anda boleh hubungi kami melalui talian 017 269 4852 (hotline isu dewasa) dan 011 5430 8949 (hotline isu kanak-kanak & remaja) dan lakukan janji temu bersama kami. Kami sedia membantu anda.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp