6 Aktiviti untuk Meningkatkan Fungsi Eksekutif Anak Anda

01861A9C-3DCD-49A4-B1D2-A4F89BA707EE

Kemahiran fungsi eksekutif merujuk kepada proses mental yang membenarkan manusia untuk merancang sesuatu, mencapai objektif, menumpukan perhatian, mengingati arahan dan menyelesaikan pelbagai tugas. 

Ia penting bagi ibu bapa untuk menyediakan peluang bagi menggalakkan perkembangan kemahiran fungsi eksekutif kanak-kanak. 

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan fungsi eksekutif anak anda adalah: 

1.  Bermain Imitation Game

Untuk kanak-kanak yang berusia enam sehingga 18 bulan, anda boleh melakukan pergerakan mudah seperti melambai, menyusun mainan atau membina blok. Anda juga boleh menunjukkan cara untuk bermain dengan mainan. Misalnya, mendokong dan mendodoikan mainan anak patung bayi.

Selain itu, untuk kanak-kanak yang berusia 18 sehingga 36 bulan, anda boleh bermain ‘Follow the Leader’ dimana anda bermain sebagai leader dan melakukan pergerakan badan dan aksi fizikal yang anak anda perlu tiru. 

2. Berborak dan Bercerita

Apabila anak anda mencecah usia 18 sehingga 36 bulan, anda boleh menceritakan perbuatan yang mereka sedang lakukan dan seterusnya bertanya tentang perbuatan tersebut. Anda juga boleh bercerita tentang peristiwa yang anda lalui bersama mereka. Bagi kanak-kanak yang berusia tiga sehingga lima tahun, anda boleh menggalakkan anak anda untuk melakonkan cerita yang mereka reka. 

3. Menggunakan Lagu 

Untuk bayi, anda boleh menggunakan lagu serta pergerakan tangan dan jari yang mudah seperti lagu ‘Eensy Weensy Spider’ atau ‘Open, Shut Them’

Dalam masa yang sama, freeze dance adalah salah satu aktiviti yang boleh anda lakukan di mana anak anda perlu menari ketika lagu bermain dan berhenti seterusnya mengekalkan posisi mereka sehingga lagu dimainkan semula. 

Bagi kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke atas, anda boleh menggalakkan mereka untuk belajar bermain alat muzik, menyanyi atau menari. 

4. Aktiviti Berperaturan

Anda boleh bermain permainan yang mempunyai peraturan yang mudah seperti matching game. Sebagai contoh, anda boleh meminta anak anda untuk menyusun objek mengikut warna, saiz atau bentuk. Apabila usia mereka semakin meningkat, anda boleh meningkatkan kerumitan seperti menambah atau mengubah peraturan permainan.

Selain itu, permainan kad seperti Old Maid, Happy Families dan Uno juga boleh digunakan. Anda juga boleh memperkenalkan permainan puzzle mengikut tahap kesusahan yang selari dengan tahap kognitif mereka. 

5. Menggunakan Pergerakan Badan 

Untuk menggalakkan penggunaan anggota badan, anda boleh menggunakan bahan-bahan seperti struktur memanjat, balance beam, atau seesaw untuk memberikan cabaran seperti obstacle course atau aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan badan yang rumit. 

Bagi kanak-kanak yang berusia lima tahun keatas, aktiviti yang memerlukan gerakan badan dan kesedaran minda seperti yoga, futsal, dodgeball atau taekwondo juga bagus untuk meningkatkan kemahiran fungsi eksekutif kanak-kanak.

6.  Bermain Board Games 

Board games yang memerlukan perancangan dan strategi adalah bagus untuk kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke atas kerana ia memerlukan mereka untuk merancang pergerakkan, mengingati peraturan-peraturan bagi setiap kepingan dan belajar untuk menukar strategi apabila perlu. 

Antara contoh board games yang boleh digunakan adalah Battleship, checkers, Chinese Checkers, Go dan chess. 

Kesemua aktiviti ini boleh meningkatkan kemahiran fungsi eksekutif anak anda kerana ia membantu mengasah keupayaan working memory (memori kerja), mental flexibility (kemahiran berfikir fleksibel) dan self-control (kawal dir). Jadi, selamat mencuba!

Jika anak anda mengalami kesukaran dalam menjalankan tugasan harian, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan ahli profesional seperti psikologis klinikal atau terapis cara kerja kami bagi menjalani penilaian awal perkembangan. 

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp