Fungsi Eksekutif Penting Dalam Perkembangan Anak Anda

FEATURED IMAGE ARTICLE 3

Pernahkah anda dengar tentang fungsi eksekutif?

Apakah itu fungsi eksekutif? 

Fungsi eksekutif secara amnya adalah satu kelompok kemahiran yang melibatkan proses mental dalam diri seseorang. Ia mempunyai peranan penting dalam perkembangan anak anda kerana fungsi eksekutif membantu mereka menguasai beberapa kemahiran kognitif yang sangat berguna dalam kehidupan seharian.

Ia juga merupakan satu kebolehan untuk melakukan sesuatu tindakan mengikut kesesuaian situasi. Terdapat satu kajian yang menyatakan bahawa fungsi eksekutif berkembang dengan cepat ketika kanak-kanak dalam lingkungan usia pra-sekolah. Oleh disebabkan itu, adalah penting untuk anak anda memperoleh kemahiran fungsi eksekutif supaya ia dapat membantu dalam menjalani rutin harian mereka.

Anak anda akan mempelajari lebih banyak perkara baharu sepanjang tempoh mereka membesar dan mereka juga mungkin akan menghadapi masalah pada hari-hari tertentu. Kemahiran fungsi eksekutif akan membantu mereka untuk berfikir cara menyelesaikan masalah serta tindakan yang perlu atau tidak perlu untuk mereka lakukan bersesuaian dengan isu yang dihadapi.

Ia melibatkan 3 fungsi utama otak seperti:

  • Working memory (memori kerja)
  • Cognitive flexibility (kemahiran berfikir fleksibel)
  • Self-control (kawal diri)


Working memory berfungsi untuk menyimpan maklumat dan menggunakannya untuk tujuan melengkapkan sesuatu pekerjaan atau aktiviti, dalam jangka masa yang pendek. Contohnya, apabila anak anda cuba menyusun puzzle, dia perlu mengingati susunan asal puzzle tersebut supaya dia dapat menyelesaikannya.

Cognitive flexibility pula berfungsi untuk membantu mengekalkan serta mengalihkan perhatian mereka sebagai suatu tindak balas berdasarkan situasi atau keadaan yang berbeza-beza. Manakala self-control berfungsi sebagai kebolehan untuk memutuskan perkara yang menjadi keutamaan mereka, dan pada masa yang sama boleh membezakan serta membuat keputusan untuk tidak melakukan perkara yang impulsif.

Mengapakah fungsi eksekutif ini penting dalam perkembangan anak anda?

Hal ini kerana, kebolehan fungsi eksekutif dapat merangsang perkembangan kognitif mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Ia berkembang bermula dari peringkat kanak-kanak sehingga peringkat awal dewasa (young adult). Selain itu, ia juga memainkan peranan yang penting dalam fungsi akademik, sosial, emosi dan kognitif mereka.

Kemahiran fungsi eksekutif ini bukan sahaja penting bagi perkembangan anak anda pada usia yang muda. Ia juga  membantu untuk membentuk peribadi, kognitif serta kesejahteraan emosi dan sosial mereka apabila dewasa kelak.

Jika anak anda mengalami masalah untuk menyelesaikan tugasan dalam kehidupan seharian, sebagai ibu bapa anda dinasihatkan untuk membawa anak anda berjumpa dengan terapis cara kerja kami untuk mendapatkan penilaian awal. Hubungi kami sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp