Ketika anda bimbang dan terfikir sesuatu perkara yang buruk mungkin akan berlaku pada masa hadapan, tetapi anda tahu bahawa anda tidak boleh melakukan apa-apa secara serta-merta pada waktu itu, anda boleh menulis kebimbangan tersebut terlebih dahulu.
Di manakah anda akan menulis kebimbangan anda?
Anda boleh :
- Menulis kebimbangan anda pada sticky note dan lekatkannya pada pintu, papan peringatan atau peti ais di rumah anda.
- Tuliskannya dalam buku nota yang anda simpan di atas meja anda.
- Tuliskannya dalam nota pada telefon anda.
Sebaik sahaja anda menulis kebimbangan yang anda ada ketika di luar worry time anda, tangguhkan atau lakukan sesuatu yang lain untuk mengalihkan perhatian anda.
Apakah perkara yang anda boleh cuba untuk menangguhkan kebimbangan anda?
Aktiviti yang boleh dilakukan adalah terbuka, dan berbeza bagi setiap orang. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan adalah seperti :
- Pergi berjalan-jalan atau jogging dan beri perhatian kepada perkara-perkara yang berada di sekeliling anda (orang lain, bunga dan tumbuhan, keadaan cuaca, bunyi-bunyian dan sebagainya).
- Bermeditasi atau melakukan yoga.
- Hubungi atau mesej seseorang dan bercakap tentang perkara selain daripada apa yang anda bimbangkan.
- Membaca buku kegemaran (ensiklopedia, novel, buku puisi dan lain-lain).
- Melihat foto yang mengingatkan anda tentang kenangan manis yang pernah berlaku dalam hidup anda.
- Buat minuman panas dan makan snek.
Gunakan Worry Time Anda Dengan Berkesan
Kemudian semasa tempoh worry time anda, anda boleh melihat semula senarai kebimbangan yang sudah ditulis.
Pada ketika itu, pertama sekali tanyakan kepada diri anda,
“Boleh ke saya melakukan sesuatu untuk mengawal atau mengubah perkara yang saya bimbangkan ni?”
Jika jawapannya YA, maka buat perancangan dan kongsikannya dengan seseorang yang boleh menyokong anda dengan memastikan anda mengikuti setiap perancangan yang telah anda sediakan.
Jika jawapannya TIDAK, maka tanya diri anda sama ada ia patut dibimbangkan (menggunakan masa dan tenaga anda, menjadikan anda lemah), atau bolehkah anda melepaskannya?
Akhir kata, melepaskan kebimbangan adalah sangat sukar, tetapi dengan rasa belas kasihan terhadap diri sendiri dan mempunyai kesedaran mindfulness selalunya boleh membantu anda.