5 Langkah Hadkan Masa Untuk Anda Berasa Bimbang

pexels-cottonbro-studio-7437091

Pertama sekali, apa yang dimaksudkan dengan bimbang?

Bimbang adalah proses di mana seseorang berfikir secara berlebihan tentang perkara negatif yang boleh berlaku pada masa hadapan.

Sesetengah kebimbangan wujud atas sebab yang kukuh.

Misalnya,

Jika kita bimbang tercedera ketika menggunakan alatan tajam, kita akan memberi lebih perhatian dan mengambil langkah keselamatan ketika menggunakannya.

Jika kita bimbang dijangkiti Coronavirus, kita akan kerap mencuci tangan dan mengikut arahan pihak kerajaan.

Apabila kita mempunyai unsur kawalan, maka kebimbangan boleh membantu kita untuk menjaga keselamatan diri. Namun, apabila kita tidak dapat mengawal sesuatu keadaan, kebimbangan kita berkemungkinan menjadi tidak berasas, yang seterusnya mengurangkan kesejahteraan mental dan fizikal kita.

Bolehkah kita berhenti untuk bimbang tentang sesuatu?

Apabila kita cuba secara khusus untuk tidak memikirkan sesuatu, sering kali kita akan lebih memikirkannya.

Teknik ‘worry time’ boleh digunakan.

Teknik ini bukan bertujuan untuk memberhentikan kebimbangan yang anda alami, tetapi ia bertujuan untuk mengurangkan jumlah masa yang anda habiskan untuk bimbang tentang sesuatu perkara yang di luar kawalan anda.

Lihat langkah di bawah untuk butiran lanjut :

  1. Tentukan masa pada hari yang anda akan mempunyai ‘worry time’ anda.
  2. Pada masa lain, catatkan sebarang kebimbangan yang timbul di kepala anda dan cuba untuk melupakannya.
  3. Apabila ‘worry time’ anda tiba, pilih berapa lama anda akan membiarkan diri anda bimbang tentang sesuatu perkara (tidak lebih dari 15-20 minit). Jaga masa anda sendiri supaya anda tidak bimbang secara berlebihan.
  4. Semasa ‘worry time’ ini, cuba selesaikan kebimbangan anda secara proaktif. Cuba cari penyelesaian kepada kebimbangan anda jika boleh. Menggunakan pen dan kertas untuk mencatat penyelesaian boleh membantu.
  5. Berhenti sebaik sahaja ‘worry time’ anda tamat. Jika sebarang kebimbangan masih terasa tidak dapat diselesaikan, bawa kebimbangan tersebut kepada hari yang lain.

Apabila anda kembali untuk mempertimbangkan masalah anda dengan ‘pandangan baharu’, kebanyakan masalah dapat diselesaikan dengan mudah dan sebahagian masalah lain akan kelihatan kurang penting untuk terlalu difikirkan.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp