5 Tips Bercakap Dengan Seseorang Yang Mempunyai ‘Anxiety’

close-up-women-with-hijab-min

Apabila seseorang dalam keluarga anda atau salah seorang rakan anda telah mengalami kebimbangan atau telah didiagnosis dengan anxiety disorder (gangguan kebimbangan), anda pasti ingin mengetahui cara terbaik untuk menyokong mereka.

Belajar cara membantu seseorang yang mengalami anxiety disorder boleh menjadi sesuatu yang menakutkan pada mulanya, tetapi setelah anda memahami kebimbangan mereka, anda seharusnya dapat berkomunikasi dengan baik.

Komunikasi yang baik adalah kunci untuk menyokongnya.

Perlu anda ketahui, masalah anxiety ini boleh menjadi satu topik yang sensitif untuk dibincangkan. Apabila anda berkomunikasi dengan seseorang yang telah didiagnosis dengan anxiety disorder anda tidak perlu terus bertanya tentang kebimbangan atau kesihatan mental mereka.

Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan :

1) Menggalakkan dan menawarkan sokongan emosi. Ini boleh membantu mengurangkan tekanan. Malah mengatakan sesuatu yang ringkas tetapi bermaknan boleh membantu menghiburkan mereka.

2) Jangan terlalu banyak memberi sokongan sehingga mereka tertekan.Cuba untuk tidak keterlaluan memberi peringatan kepada rakan atau ahli keluarga yang sudah dewasa tentang perkara seperti mengambil ubat. Tanya bagaimana mereka lebih suka anda membantu.

3) Tanya soalan dan kemudian dengar jawapannya. Bersedia jika mereka ingin bercakap atau meluahkan sesuatu, tetapi beri mereka ruang jika mereka tidak mahu dan tidak bersedia untuk bercakap.

4) Jangan sekali-kali ambil ringan atau mengabaikan komen tentang bunuh diri daripada mereka. Bercakap tentang perkara ini secara baik dengan mereka mungkin tidak akan membuatkan mereka melakukan tindakan tersebut.

5) Jika orang yang anda sayangi terbuka menerima bantuan, bawa mereka berjumpa dengan psikologis, atau kaunselor bagi mendapatkan rawatan yang sesuai. Dapatkan cadangan terus daripada ahli profesional jika anda bimbang tentang perubahan tingkah laku mereka.

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp