Apa Yang Anda Boleh Lakukan Ketika Mengalami Serangan Anxiety?

young-handsome-man-student-with-trendy-hairstyle-isolated-min

Anxiety boleh menjadi satu tekanan pada masa-masa tertentu. Kadang-kadang, anda sukar untuk mengetahui dari mana ia datang dan mengapa anda mengalaminya.

Jika anda telah didiagnosis dengan gangguan kebimbangan (anxiety disorder), sudah pasti anda terlalu biasa dengan kebimbangan yang berterusan dan rasa takut terhadap sesuatu. Tetapi, jika anda mempunyai beberapa strategi untuk mengatasinya, anda boleh berasa lebih baik.

Semasa anda dilanda kebimbangan yang berterusan, sangat penting untuk menilai situasi pada masa itu supaya diri anda sentiasa berada dalam kawalan.

Contohnya, apabila anda mula berasa cemas, atau merasakan serangan panik datang, anda boleh berhenti seketika, tarik nafas, jangan bertindak balas secara mendadak dan bertanya beberapa soalan kepada diri sendiri untuk menenangkan diri anda.

Apa yang perlu dilakukan apabila anda berasa anxious?

Berikut adalah beberapa soalan yang boleh anda tanyakan kepada diri sendiri :

  • Saya bertindak balas kepada apa?
  • Apakah yang saya fikir akan berlaku sekarang?
  • Apakah yang paling teruk dan paling baik yang boleh berlaku? Apa yang paling mungkin berlaku?
  • Adakah saya hilang pertimbangan?
  • Sejauh manakah perkara ini penting? Sejauh manakah kepentingannya dalam masa 6 bulan?
  • Adakah saya terlalu membuat jangkaan yang berlebihan terhadap bahaya yang mungkin berlaku?
  • Adakah saya memandang rendah keupayaan saya untuk mengatasinya?
  • Adakah saya terlalu mengambil kira apa yang orang lain fikirkan?
  • Adakah saya percaya saya boleh meramal masa depan?
  • Adakah terdapat cara lain untuk melihat perkara ini? Adakah ini fakta atau sekadar pendapat?
  • Apakah nasihat yang akan saya berikan kepada orang lain jika dia berada dalam situasi ini?
  • Adakah saya terlalu memberi tekanan kepada diri saya sendiri?
  • Hanya kerana saya berasa situasi ini buruk, tidak bermakna keadaan benar-benar buruk.
  • Apakah yang saya mahu atau perlukan daripada orang atau situasi ini? Apa yang mereka mahu atau perlukandari saya? Adakah terdapat kompromi?
  • Apakah akibat jika saya bertindak balas seperti yang biasa saya lakukan?
  • Adakah terdapat cara lain untuk menangani perkara ini? Apakah tindakan yang paling membantu dan berkesan untuk diambil? (untuk saya, untuk keadaan, untuk orang lain)
  • Bayangkan diri anda berjaya menghadapi situasi cemas ini sehingga selesai.

Jika anda berasa tidak berdaya dan terlalu tertekan dengan kebimbangan yang anda alami, anda dinasihatkan agar berjumpa dengan ahli profesional kesihatan mental yang berkelayakan untuk membantu anda mempelajari kemahiran baharu tentang cara menangani tekanan dan kebimbangan. Dalam sesetengah keadaan, psikoterapi boleh membantu.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp