Bahana Dadah : Kesan kepada Diri, Keluarga & Masyarakat

Gambar Bahana Dadah Kesan Kepada Diri, Keluarga & Masyarakat

Dadah adalah bahan kimia yang menjejaskan badan dan otak. Dadah yang berbeza boleh memberi kesan yang berbeza. Beberapa kesan dadah termasuklah penjejasan kesihatan yang berpanjangan mahupun kekal. Secara klinikal ia dikenali sebagai gangguan penggunaan bahan ataupun penyalahgunaan dadah; ketagihan hasil daripada kekerapan mengambil bahan ketagihan. Contoh jenis dadah adalah termasuk alkohol, ganja, halusinogen dan opioid. Orang ramai menggunakan dadah secara kompulsif walaupun akibatnya amat bahaya. Kerana kesannya amat kuat, mereka yang telah berhenti daripada mengambil bahan tersebut juga boleh kembali mengambilnya semula.

Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Kesihatan

Gangguan penggunaan bahan dikaitkan dengan pelbagai kesan kesihatan jangka pendek dan jangka panjang. Mereka boleh berbeza-beza bergantung pada jenis ubat, berapa banyak dan berapa kerap ia diambil dan kesihatan umum seseorang. Secara keseluruhannya, kesan penyalahgunaan dadah dan pergantungan adalah meluas. Mereka boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dalam tubuh manusia. Antara kesan dadah adalah:

  • Sistem imun menjadi lemah, meningkatkan risiko penyakit dan jangkitan
  • Keadaan jantung menjadi tidak normal yang boleh mengakibatkan kepada serangan jantung dan jangkitan saluran darah daripada ubat yang disuntik
  • Loya dan sakit perut, yang juga boleh menyebabkan perubahan selera makan dan penurunan berat badan
  • Peningkatan tekanan pada hati, yang meletakkan orang itu berisiko mengalami kerosakan hati yang ketara atau kegagalan hati
  • Masalah dengan ingatan, perhatian dan membuat keputusan, yang menjadikan kehidupan seharian lebih sukar
  • Paranoia
  • Keagresifan
  • Halusinasi
  • Impulsif
  • Hilang Kawalan Diri

Kesan Ketagihan terhadap Keluarga

Sebagaimana ketagihan memberi pelbagai kesan buruk kepada Kesihatan pengguna, ia juga memberi kesan terhadap keluarga. Faktor seperti ahli keluarga yang bergelut dengan ketagihan, umur kanak-kanak, atau sama ada kanak-kanak ini tinggal bersama ibu bapa mereka memberi impak yang beza-beza kepada keluarga. Tidak semua keluarga mengalami kesan yang sama, tetapi pada kebiasaannya agak serupa.

Kesusahan Kewangan

Ia tidak murah untuk menyokong tabiat dadah yang aktif. Ramai penagih menyalurkan semua wang mereka untuk mendapatkan dadah yang mereka perlukan. Mereka mungkin mengalami kesukaran untuk mengekalkan pekerjaan. Oleh hal demikian, mereka akan mencuba meminta wang, makanan, tempat tinggal atau bentuk sokongan yang lain. Sesetengahnya mungkin meminta bantuan kewangan untuk program rawatan dan lain-lain. Keluarga si penagih juga cenderung untuk mengambil tanggungjawab kewangan untuk membantunya untuk “bangkit semula”. Sesetengahnya juga ada yang perlu membayar peguam atau membayar jaminan jika ada keterlibatan masalah undang-undang.

Peningkatan Risiko Penyalahgunaan

Apabila ketagihan bertambah, mereka menjadi tidak dapat diramalkan dan sukar untuk dikawal. Mereka tidak menentu, sering kecewa, dan marah, serta sering melepaskan kemarahan itu kepada orang yang paling rapat dengan mereka. Dadah dan alkohol menjejaskan daya pemikiran individu. Ketika berada di bawah pengaruh dadah, mereka lebih cenderung untuk bertindak luar dari jangkaan. Salah satu kesan paling mendalam adalah peningkatan kepada risiko penderaan atau keganasan sama ada penderaan emosi, fizikal mahupun seksual. Kemungkinan yang lebih tinggi kita dapat lihat berlaku di kalangan ahli keluarga.

Lebih Banyak Ketagihan dalam Keluarga

Satu lagi kesan ketagihan terhadap keluarga adalah peluang ahli keluarga itu sendiri terikut sekali menyalahgunakan dadah. Kanak-kanak yang membesar dengan ahli keluarga yang menyalahgunakan dadah ini lebih cenderung untuk turut menyalahgunakan dadah. Mereka mengikuti contoh yang ditunjukkan kepada mereka. Ada sesetengah kes, anak-anak mungkin mengambil dadah untuk melarikan diri daripada huru-hara di rumah mereka. Peluang untuk mempunyai lebih daripada seorang penagih di dalam keluarga yang mempunyai masalah ketagihan adalah tinggi. Ini mewujudkan satu lagi corak ketagihan dan mewujudkan kitaran yang tidak sihat.

Perpecahan Keluarga

Seseorang yang bergelut dengan ketagihan biasanya akan mendesak ahli keluarga mereka hingga ke had mereka. Ini membawa kepada perpecahan institusi kekeluargaan. Ada yang menggunakan dadah sehingga mereka berada pada kategori tidak mampu untuk menjaga anak-anak mereka. Oleh hal demikian, wujudlah juga kesan pengabaian ibu bapa kepada anak. Hal ini bertambah teruk apabila anak-anak merasakan pengkhianatan lalu menyebabkan mereka tidak mahu berhubung dengan ibu bapa mereka selama berbulan-bulan, bertahun-tahun, malah berdekad-dekad.

Kesan Penyalahgunaan Dadah Kepada Masyarakat

Isu di Tempat Kerja

Orang yang menggunakan dadah mempunyai produktiviti yang jauh lebih rendah di tempat kerja. Purata pekerja biasa mengambil cuti adalah 15 hari setahun kerana sakit atau kecederaan. Tetapi bagi seseorang yang mengalami gangguan penggunaan bahan pula, purata hari pengambilan cuti adalah 24.6 hari. Ada kalanya mereka ini meninggalkan kerja lebih awal tanpa sebarang urusan yang jelas. Hal demikian akan memberi kesan kepada syarikat dan seterusnya kepada kerjaya mereka itu sendiri.

Ramai orang yang mengalami ketagihan berhenti kerja kerana mereka tidak dapat memenuhi keperluan pekerjaan mereka. Namun, ada sebahagian daripada mereka ini boleh bekerja sambil mengekalkan ketagihan. Mereka mungkin kelihatan berprestasi tinggi, tetapi mereka masih mengalami ketagihan. Mereka mungkin bergantung kepada bahan terlarang untuk berfungsi dengan baik. Jika mereka kehilangan akses kepada dadah, prestasi kerja mereka mungkin akan terjejas. Mereka mungkin tidak dapat melakukan sesuatu kerja atau menghadiri tugas utama dengan mengambil dadah.

Jenayah

Penggunaan dadah boleh mendorong seseorang untuk melakukan jenayah. Jika mereka tiada kewangan yang baik atau segera, mereka bercenderung untuk mencuri wang atau harta benda daripada saudara mereka untuk menampung kos lebih banyak untuk dadah. Terdapat juga kes dimana pekerja mencuri wang kecil daripada syarikat mereka untuk membeli bahan tersebut. Sikap ‘high’ atau mabuk boleh menyebabkan seseorang melakukan jenayah. Dadah boleh menjejaskan kebolehan membuat keputusan rasional seseorang lalu ia mendorong mereka memilih pilihan yang berisiko dan mereka mungkin juga mempercayai bahawa mereka bebas melakukan apa sahaja yang mereka mahu.

Walau sebanyak mana kesan buruk yang ada pada penyalahgunaan dadah ini, ada juga berita baiknya. Namun yang baiknya adalah gangguan penggunaan bahan atau ketagihan dadah ini boleh dirawat dengan bantuan daripada profesional, terapi dan selepas mereka beransur pulih, mereka boleh menjalani kehidupan yang normal semula.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp