Bercakap & Bermain

Gambar Bercakap dan bermain

Ibu ayah sedar tak, anak-anak mengembangkan kemahiran bercakap dan bahasa melalui bermain iaitu termasuklah berbual bersama, menyanyi, membaca dan bercerita serta bermain permainan bersama-sama. Bermain merupakan salah satu cara yang membantu anak-anak mencapai perkembangannya bukan sahaja dalam bentuk percakapan malah dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Bermain dengan anak dapat memberi banyak peluang kepada ibu ayah untuk bercakap dengan anak. Semakin kita kerap bercakap sambil bermain bersama, semakin banyak perkataan yang didengari oleh anak dan kosa katanya juga dapat bertambah. Seterusnya, ini dapat bantu meningkatkan kefahaman dan kemahiran bercakap anak anda.

Teknik-teknik rangsangan bahasa ketika bermain

Di sini, kami kongsikan beberapa teknik rangsangan bahasa yang boleh digunakan ketika bermain bersama anak untuk menggalakkan anak bercakap:

1. Self talk: Bercakap tentang aktiviti-aktiviti rutin harian sendiri (ibu bapa). Contohnya “ibu sidai baju” “ayah basuh kereta”.

2. Parallel talk: Bercakap tentang apa yang anak sedang lakukan & mainan/barang yang sedang mereka pegang. Contohnya “adik main truck, truck warna kuning” “adik pakai baju”.

3. Expansion: Ulang sebutan dan perkataan anak anda untuk mewujudkan perbualan 2 hala dengan membina perkataan tambahan contohnya, apabila anak berkata “kereta”, ibu ayah boleh berkata “ya. Ini kereta merah besar”.

4. Waiting: Beri masa kepada anak selepas ibu ayah bercakap untuk memberi mereka peluang membalas walaupun anak anda tidak mempunyai kata-kata yang betul & make an expectant look (contoh: angkat kening). Ini membantu anak belajar tentang mengambil giliran dalam perbualan.

5. Listen & Eye Contact: Apabila anak anda ‘bercakap’, tunjukkan bahawa anda sedang mendengar dengan tersenyum dan melihat ke mata mereka. Dan ibu ayah perlu belajar untuk memuji usaha anak untuk bercakap.

6. Bercakap dan beri tindak balas tentang minat anak anda. Contoh, jika anak minat dinosaur, explore aktiviti-aktiviti/mainan yang berkaitan dinosaur, main bersama menggunakan kosa-kosa kata baru.

Jika ibu ayah tidak pasti akan perkembangan bahasa & pertuturan anak, boleh membuat janji temu bersama terapis pertuturan kami, kita cuba bantu apa yang termampu untuk kami bantu.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp