Terapi Cara Kerja VS Fisioterapi (Terapi Fizikal)

Gambar Blogpost Terapi Cara Kerja VS Fisioterapi (Terapi Fizikal)

Pernahkan anda mendengar tentang terapi carakerja dan fisioterapi atau dikenali juga dengan terapi fizikal? Dua bidang terapi ini sering membawa kepada kekeliruan di mana ramai antara kita yang memahami terapi carakerja adalah sama dengan fisioterapi. Titik persamaan di antara keduanya adalah menyediakan kerja-kerja pemulihan yang membantu pesakit dari pelbagai lingkungan usia yang mengalami kecederaan atau kecacatan supaya kembali bergerak dan berfungsi secara baik dalam kehidupan seharian mereka.

Meskipun begitu, kedua-duanya merupakan dua bidang yang berbeza. Perbezaan jelas dan utama adalah terapi carakerja berperanan meningkatkan keupayaan pesakit yang pulih dari kecederaan atau mengalami kecacatan perkembangan atau kognitif yang mempengaruhi kemahiran motor, emosi atau tingkah laku untuk melakukan aktiviti harian seperti berpakaian, memberus gigi, makan dengan sendiri dan sebagainya.

Manakala fisioterapi pula berperanan untuk meningkatkan keupayaan pelanggan untuk melakukan pergerakan tubuh manusia dengan latihan, urut dan teknik yang bersesuaian dengan masalah pesakit.

Malahan berbeza juga dari segi tugas kerja ahli terapi dalam bidang masing-masing. Tugas ahli terapi carakerja dan ahli fisioterapi adalah seperti yang berikut :

Ahli terapi cara kerja :

  • Membantu individu di sepanjang hayat untuk melakukan aktiviti harian
  • Perlu dilakukan melalui penggunaan teraputik aktiviti harian (pekerjaan)
  • Profesion kesihatan berpusatkan pelanggan yang beritan dengan mempromosi kesihatan dan kesejahteraan melalui pekerjaan

Tugas yang dilakukan :

  • Ahli terapi cara kerja melakukan penilaian individu bagi menentukan matlamat, menyediakan intervensi dan menjalankan penilaian hasil untuk memastikan matlamat telah dipenuhi dan/ atau membuat perubahan kepada rancangan intervensi

Ahli fisioterapi :

  • Mengesan masalah fizikal yang menyekat pergerakan kerana sakit atau kecederaan
  • Membantu membaiki kerosakkan
  • Mengurangkan kekakuan dan kesakitan
  • Meningkatkan mobiliti dan meningkatkan kualiti hidup
  • Rawatan kecederaan, penyakit dan gangguan melalui kaedah fizikal

Tugas yang dilakukan :

  • Ahli fisioterapi mendiagnosis masalah dan melaksanakan pelan rawatan atau melatih semula pesakit untuk berjalan. Bertanggungjawab untuk mendidik pesakit dan keluarga untuk mengelakkan kecederaan dan untuk membantu mereka menjalani gaya hidup yang sihat

Bagaimanapun, kedua-duanya mungkin diperlukan oleh seorang pesakit. Sebagai contoh, pesakit yang mengalami kecedaraan akibat kemalangan perlu menjalani fisioterapi terlebih dahulu bagi menguatkan semula otot-otot dan menyokong tulang badan sebelum meneruskan sesi terapi carakerja seperti belajar menggunakan kerusi roda.

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp