Tekanan VS Kemurungan

Gambar Blogpost Tekanan VS Kemurungan

Tekanan ≠ Kemurungan

Tekanan dan kemurungan adalah dua masalah yang berbeza namun sering disalah ertikan oleh masyarakat kini. Umum tidak dapat membezakan antara kedua-duanya dan menggunakan terma tekanan atau kemurungan tanpa memahami apa yang dimaksudkan.

Tekanan ataupun stres adalah pertahanan semulajadi badan dalam menghadapi bahaya. Hormon dalam badan akan dikeluarkan bagi menyediakan diri sama ada untuk mengelak atau berhadapan dengan bahaya tersebut. Ini dikenali sebagai mekanisma ‘fight-or-flight’. Namun, sekiranya mekanisma ini terlalu mudah tercetus, atau punca seusatu tekanan adalah terlalu banyak, ini akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal mereka.

Terma stres yang biasa digunakan orang ramai adalah perasaan di mana individu berasa sukar untuk menangani masalah dan terbeban dengan keperluan harian. Ini termasuklah keperluan kewangan, pekerjaan, dan situasi-situasi lain yang menggangu kesejahteraan diri mereka yang menyebabkan tekanan. Tekanan boleh menjadi satu perkara yang membantu seseorang individu untuk menjadi lebih bermotivasi dalam melakukan sesuatu. Namun, tekanan yang terlalu tinggi dan berpunca dari pelbagai sumber serta sekiranya tidak ditangani dengan betul, akan memberikan kesan negatif ke atas diri anda, sama ada dari segi emosi, fizikal dan juga mental.

Berbeza dengan tekanan, kemurungan atau depresi menunjukkan simptom yang lebih serius dan berpanjangan. Kemurungan mengakibatkan mood cepat marah, perasaan terlalu sedih dan berputus asa, individu akan berasa keletihan yang teramat dan menggangu kefungsian diri. Kemurungan juga akan menyebabkan perubahan dari segi somatik (badan) dan kognitif (minda). Kriteria lain yang ditunjukkan dalam kecelaruan kemurungan adalah seperti hilang selera makan atau selera makan yang bertambah, hilang minat dalam melakukan aktiviti-aktiviti rutin yang biasa dijalankan dan waktu tidur yang tergangggu. Dan yang paling bahaya adalah apabila wujudnya tingkah laku membunuh diri semasa episod kecelaruan kemurungan utama (MDD) berlaku.

Kemurungan merupakan isu kecelaruan psikologi yang serius, melibatkan gangguan mood dan emosi yang seterusnya menjejaskan kefungsian hidup secara keseluruhannya. Individu yang mengalami kemurungan sukar utk mengawal pemikiran dan emosi sehinggakan ada di antara mereka mempunyai keinginan utk membunuh diri dan mereka juga mengalami kesukaran dalam menguruskan kehidupan seharian. Dalam situasi sebegini, individu tersebut perlu berjumpa dengan Psikologis bagi membolehkan diagnosis dan rawatan diberikan kerana kemurungan telah menganggu kognitif mereka dan menyebabkan mereka tidak lagi dapat meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

Tekanan pula ialah perasaan tidak selesa akibat isu-isu seperti masalah kerjaya, isu kewangan, pendidikan, hubungan sosial dan sebagainya. Namun, isu tersebut tidak menganggu kefungsian hidup secara signifikan, individu hanya berasa tidak selesa, sedih atau marah dlm beberapa situasi sahaja dan masih boleh meneruskan aktivit harian seperti biasa termasuk melibatkan pembuatan keputusan. Tekanan berlaku apabila individu tidak mengetahui teknik atau kaedah yang sesuai dlm menyelesaikan isu tersebut. Justeru, berjumpa dengan Kaunselor adalah penyelesaian terbaik.

Segera dapatkan bantuan professional sekiranya anda atau orang yang terdekat mengalami perubahan seperti yang dinyatakan. Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai mempunyai psikiatris dan psikologis yang berpengalaman yang dapat membantu anda. Klik butang temujanji untuk maklumat lanjut.

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp