Mengurus Mental di Tempat Kerja Toksik

Gambar Blogpost Mengurus Mental Di Tempat Kerja Toksik

Semua pekerjaan mempunyai tekanan yang tersendiri. Walau bagaimanapun, jika pergi bekerja atau hanya dengan memikirkan untuk pergi bekerja membuat anda letih, tertekan, atau sakit fizikal; ini adalah tanda-tanda persekitaran kerja yang toksik.

Mengurangkan tekanan di tempat kerja mewujudkan budaya kerja yang sihat. Sebaliknya, persekitaran kerja yang toksik boleh meningkatkan tahap tekanan dan kebimbangan selain meletakkan seseorang itu berisiko mengalami masalah kesihatan mental yang lebih buruk.

Tanda-tanda Amaran Tempat Kerja Toksik

Berikut adalah 8 tanda bahawa persekitaran kerja atau tempat kerja anda mungkin toksik :

  1. Tiada keseimbangan kehidupan-kerja.
  2. Sedikit atau tiada pertumbuhan.
  3. Anda rasa tidak bermotivasi.
  4. Kerap tukar ganti pekerja.
  5. Gosip berkeliaran bebas.
  6. Komunikasi yang tidak baik sesama pekerja dan majikan.
  7. Anda rasa burnout.
  8. Konflik berterusan.

Strategi Mengendali Budaya Kerja Toksik

Jika anda melihat sebarang tanda persekitaran kerja toksik, hanya satu perkara yang perlu dilakukan: ambil tindakan segera untuk membetulkan masalah dan bina proses yang kukuh untuk mengelakkannya daripada berulang.

Pastikan fikiran anda tidak terganggu sehingga menjejaskan kesihatan mental dan fizikal anda. Ikuti strategi seperti berikut :

  1. Bina rangkaian rakan sekerja yang dipercayai.
  2. Tetap fokus pada matlamat penting.
  3. Berbuat baik kepada semua orang.
  4. Tinggalkan masalah kerja di tempat kerja.
  5. Ambil masa beberapa kali untuk berehat sebentar.
  6. Berusaha untuk dapatkan work-life balance.
[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp