Halangan Kepada Daya Tahan Mengharungi Cabaran Hidup

Gambar Blogpost Halangan Kepada Daya Tahan Mengharungi Cabaran Hidup

Bersedia ketika berhadapan dengan saat sukar akan menjadikan kita lebih mudah untuk mengatasi tekanan tersebut. Malahan, dengan megetahui cara untuk menguruskan kesejahteraan diri kita juga akan membantu kita pulih selepas melalui sesuatu peristiwa traumatik.

Sesetengah daripada kita mungkin merujuk keupayaan untuk menguruskan tekanan adalah satu daya tahan (resilience) diri mereka.

Untuk membina daya tahan terhadap tekanan, ada pelbagai perkara yang kita boleh cuba. Tetapi, apa yang dapat kita lihat adalah sesetengah orang mempunyai daya tahan diri yang lebih tinggi berbanding yang lain walaupun mereka melalui satu peristiwa sukar yang sama.

Mengapa ini terjadi?

Halangan Kepada Daya Tahan

Ketahanan diri seseorang bergantung kepada beberapa faktor dalam kehidupan mereka. Disebabkan oleh situasi kehidupan yang berbeza, daya tahan setiap individu juga berbeza dan boleh berubah-ubah sepanjang hayat disebabkan oleh perubahan dalam pengalaman dan keadaan hidup.

Sesetengah orang mungkin berfikir bahawa tindak balas kita terhadap tekanan adalah sesuatu yang kita semua boleh kawal dengan mudah. Tetapi ini tidak benar.

Terdapat beberapa faktor halangan kepada daya tahan seseorang, yang menjadikannya lebih sukar menghadapi sesuatu tekanan :

  • Mempunyai masalah kesihatan kronik.
  • Mengalami masalah kesihatan mental.
  • Mengalami diskriminasi dan kebencian.
  • Tinggal jauh dari keluarga atau rakan, atau mempunyai masalah perhubungan dengan mereka.
  • Kekurangan sokongan sosial.
  • Mengalami kesunyian.
  • Mengalami kemiskinan atau masalah hutang.
  • Tinggal di kawasan yang mempunyai akses yang lemah kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan.
  • Menjadi ibu atau bapa tunggal.
  • Duduk di kawasan perumahan yang tidak berkualiti.
  • Kurang keselamatan dan perlindungan.

Kajian menunjukkan bahawa lebih mudah untuk membina daya tahan jika kita tidak menghadapi perkara-perkara seperti di atas. Tetapi banyak perkara ini sukar atau mustahil untuk diubah

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp