Pernah ke anda rasa macam stress atau nak meletup bila pelan yang dah disusun rapi tiba-tiba tidak menjadi? Contohnya apabila sudah dirancang untuk healing hujung minggu, tiba-tiba kereta rosak ataupun sudah bekerja keras untuk promotion, tetapi orang lain yang dapat.
Masa itu, kita rasa dunia ini tidak adil untuk kita. Kita rasa nak marah, nak mengurung diri, dan mula mempersoalkan setiap aspek benda yang kita tidak puas hati. Tetapi perasan tak, sebenarnya ada sesetengah orang yang bila mereka melalui masalah yang sama, mereka macam senang untuk melantun balik? Sebenarnya mereka tidaklah terlalu gembira sangat apabila benda buruk yang terjadi, tetapi mereka tidak “patah”.
Dalam psikologi, inilah yang dipanggil Fleksibiliti Psikologi atau didalam bahasa yang mudah difahami adalah “Seni Melentur Ikut Keadaan”.
Kenapa Orang Yang “Cool” Ini Lebih Bahagia?
Pernah terfikir macam mana orang sebegini nampak lebih bahagia? Sebabnya adalah mereka ini tidak gaduh dengan realiti. Mereka ini faham dengan satu ayat, iaitu “Benda dah jadi”.
Untuk orang yang mudah adaptasi ini bukannya tidak ada perasaan. Mereka ini berasa sedih, kecewa dan sebagainya. Tetapi mereka tidak terlalu menghabiskan energi negative itu terlampau lama sangat. Orang sebergini, mereka tukar perasaan atau tenaga marah itu untuk buat sesuatu yang lain dan lebih bermanfaat. Itulah punca kenapa mereka nampak lebih tenang kerana mereka lebih tahu untuk guna tenaga mereka dengan betul.
Dari Mana Datangnya Bahagia Bagi Si Pembawa Adaptasi?
1. Mereka cepat menerima realiti (radical acceptance)
Orang yang adaptasi tidak akan membazir masa untuk menafikan masalah. Kalau nasi sudah menjadi bubur, mereka fokus untuk menyedapkan bubur tersebut. Orang begini tahu membezakan antara pekara yang boleh dikawal (tindakan sendiri) dan pekara luar kawalan kita (sikap orang lain, ekonomi, atau cuaca).
2. Melihat kegagalan sebagai maklum balas tapi bukan noktah
Apabila “Pelan A” gagal, di dalam minda mereka secara automatik bertukar kepada mod kreatif untuk mencari “Pelan B” sehingga mereka berjaya. Bagi mereka, salah langkah tidak bermaksud tamat riwayat, akan tetapi, itu cuma satu lencongan kecil menuju perjalanan yang hendak ditujui.
3. Tidak terperangkap dalam emosi negatif
Mereka juga adalah manusia biasa yang tahu rasa sedih atau marah. Namun, mereka juga tidak akan membiarkan emosi itu mengawal hidup mereka. Mereka juga membenarkan diri mereka untuk merasa, lepaskan dan kemudian bergerak maju kehadapan.
Cara Melatih Minda Supaya Fleksibel
Fleksibel psikologi ini bukan adalah otot mental yang kita boleh latih diri sendiri pada setiap hari.
1. Berhenti guna perkataan seperti “kenapa” atau “sepatutnya”
Perkataan itu adalah sebenarnya racun untuk kita. Selain dari memikirkan “kenapa” atau “sepatutnya, kita boleh ubah perkataan kepada “apa yang aku patut buat”.
2. Amalkan sikap terbuka
Harus mencuba untuk keluar daripada zon selesa kita. Kita boleh mencuba untuk mendengar pendapat orang yang berbeza. Ini adalah untuk melatih otak kita untuk tidak panik dengan perubahan serta merta.
3. Belajar melepaskan kawalan
Kita harus sedar bahawa kita tidak boleh mengawal segala-galanya di dalam hidup ini. Kadangkala, seni yang paling indah dalam hidup ada seni yang membiarkan sesuatu itu berlaku seadanya.
Kesimpulannya adalah bahagia itu bukan bermaksud hidup kita sempurna tanpa cacat cela. Hidup ini tidak akan pernah berhenti bagi kita cabaran. Tapi, apabila kita melatih minda kita untuk senang adaptasi pada situasi yang sukar, itu bermaksud kita sudah cukup “kuat” untuk terus berdiri dan melangkah kedepan. Belajarlah menjadi seperti buluh. Melentur bukan bermaksud kita kalah, tapi melentur supaya kita tidak patah.
Jiwadamai menyediakan sokongan untuk pelbagai isu psikologi, daripada kanak-kanak hingga dewasa, sama ada berkaitan kesihatan mental atau perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Pasukan klinikal kami merangkumi Pakar Psikiatri, Pakar Psikiatri Kanak-Kanak, Psikologi Klinikal, ahli terapi cara kerja (occupational therapist), serta ahli terapi pertuturan (speech therapist).
Sekiranya berminat, anda boleh menghubungi kami di talian 017-269 4852 (hotline isu dewasa) atau 011-5430 8949(hotline isu kanak-kanak & remaja) untuk membuat janji temu. Kami sedia memberikan bantuan dan sokongan kepada anda.
Ditulis oleh : Putri Nuralea Aniera, Pelajar Psikologi UNITAR
Disahkan oleh : Psikologis Klinikal Jiwadamai





