Kisah #1 : Jalan Keluar

(Rev.1) KisahKita 1 featured image

Kisah saya bermula pada tahun 2021..waktu tu saya sendiri trigger dengan pelbagai perkara..saya mudah panik..sehingga saya sukar utk tidur di waktu malam…tiba2 mimpi dengan arwah mak dan ayah…terasa amat rindu sangat..mulanya,saya berlagak ‘OK’ beranggapan semua nya dapat di kawal dan berfikiran hanyalah permainan perasaan sahaja.Namun,keadaan ni menjadi lebih parah bila Syarikat saya mengalami masalah kewangan yg buruk sekali…sehingga kan panik saya tidak terbendung lagi..sesak nafas,rasa nak pitam..Saya kuatkan semangat…saya walk in terus ke Klinik Kesihatan masa tu..minta di jumpa kan dgn pegawai kaunseling…hati memang nekad masa tu..rasa nak pulihkan diri dari anxiety dan panic attack..

Ada satu kejadian yang saya tak lupa sampai sekarang adalah saya pernah sesak nafas seperti serangan jantung dan masa tu saya memandu kereta..fikiran saya teringat akan pesanan kaunseling saya..agar menelefonnya bila mana saya dapat panik yg tak terkawal..2 kali jugak saya telefon pakar kaunseling..alhamdulilah..pegawai kaunseling amat membantu masa tu…rawatan kaunseling saya berjalan selama setahun.Pegawai kaunseling ajar saya cara untuk bertenang dlm setiap aspek..kerana saya cenderung bila dapat masalah..saya selalu berfikir untuk bunuh diri..

Saya di berikan rawatan 2 minggu sekali dan saya selalu di pantau oleh pegawai kaunseling melalui wassap,facebook..pegawai kaunseling masa tu amat memberikan perhatian kepada saya waktu tu..saya tidak di berikan ubat kerana saya di anggap boleh ‘survive’ saya di minta oleh pegawai kaunseling utk wujudkan hobi baru yg saya paling minat..sehingga sekarang saya jadi pelukis potrait dan edit video bila saya rasa tertekan..paling senang nak buat adalah menulis di sebuah buku apa perasaan anda hari ni…lepas tulis tutup saja buku tu..itu di namakan sebagai ‘Dump Book’.

Pegawai Kaunseling juga pernah cerita mengenai pengharapan manusia mengenai Allah…saya lebih terbuka mengenai pembangunan lahiriah ni..saya juga kadang kadang terfikir bahawa elemen ke agamaan juga penting dalam proses untuk sembuh..pegawai kaunseling ingatkan saya tiap hari..jangan lupa untuk bersyukur dan zikir…Alhamdulilah,saya amal dan hati saya juga tenang..selepas subuh..saya akan ke pantai untuk brisk walk..kalau ada mood baik sikit..saya buat video tik tok kat pantai suasana pagi..memang indah..memang lumrah manusia akan ada mood yg gembira dan sedih..

Begitu lah kehidupan manusia macam roda..sekarang ni walaupun saya mengalami masalah yang sukar,saya akan tarik nafas,berfikir sejenak cara-cara menyelesaikan masalah tersebut dan cari kawan yg di percayai untk berkongsi masalah..insya allah..akan ada jalan keluarnya..sekarang saya tidak lagi di pantau oleh pegawai kaunseling,saya hanya ada temu janji dengan doktor pakar bahagian mental saja..Doktor pakar ni lebih kepada perkongsian masalah saja yg saya hadapi ketika itu..Doktor puji sebab saya berani ambil langkah pertama iaitu tampil ke hadapan bila perlu pertolongan..Ingat! Kesihatan Mental itu tidak nampak lukanya..tapi,yang mengalami nya kena sayang akan diri nya.

Kongsikan kisah ini

Facebook
Twitter
WhatsApp

Kisah Terkini

Kisah #26 : Saya Ketakutan

Semakin hari, dada saya semakin sakit! Kepala saya semakin pening! Badan saya kerap ‘shaking’ apabila berhadapan dengan situasi keramaian..

Kisah #25 : Aku Menderita

Menderita? Benarkah? Aku tidak begitu ingat. Tetapi jika tidak, mengapa aku terpaksa menggalas beban kemurungan sejak bersekolah?