Kisah #2 : Suara Ilusi

KisahKita 2 featured image

Aku seorang pesakit depresi. Bagaimana aku mengetahuinya? Setelah rakan sekerjaku mencadangkan tempat kesihatan mental. Ya, Jiwadamai.

Aku sangkal semua yang diperkatakan doktor. Ah, aku tak percaya depresi apa semua ni. Bagiku kata kata doktor seperti mimpi. Yang bukan realiti.

Aku mendengar suara. Bagiku itu suara hatiku sendiri. Walaupun doktor kata itu suara ilusi. Aku sangkal lagi.

Namun hari demi hari, aku menempuh hariku dan waktuku yang mencabar. Suara itu seperti tak mahu pergi. Tambah lagi sudah dia bisik kata negatif. Aku gagahkan diri.

Aku sangkal lagi. Kali ni dengan diriku sendiri. Suara yang ku dengari makin lama makin jelas. Dan kali ni aku sudah separuh mati.

Seperti meraba raba dalam kegelapan. Itulah aku ketika suara itu muncul lagi. Aku mencari solusi. Cuba berkali kali untuk berfikiran positif. Namun usahaku bagai sia sia.

Aku dengari nasihat doktor untuk ambil ubat. Sama. Suara itu seperti tak mahu pergi. Tambah lagi keadaan sekelilingku tidak membantuku untuk sembuh. Jiwaku sudah mati, aku kira.

Aku mulai tidak percaya pada ubat. Tapi usaha doktorku mahu menyembuhkanku, aku cuba lagi. Doktor beri padaku ubat yang lain.

Dikala aku kesedihan, suara itu muncul lagi. Tapi kali ini sudah tidak sekerap dahulu. Aku seperti mencari cari arah. Lebih pantas aku katakan, aku mencari cari suara yang dahulunya menggangguku. Kerana aku kesepian, tiada sahabat untuk aku luahkan. Aku sudah selesa dengan kehadiran suara itu.

Dan kini, aku masih berjuang untuk sembuh. Aku cuba masuk dalam persekitaran yang positif. Suara itu masih ada, cumanya yang buat aku sedih. Suara itu tidak sekerap dahulu. Tatkala aku kesepian, suara itu sepertinya hilang. Kadang ada, kadang tiada. Dan aku tahu saat itu badanku memerlukan rehat secukupnya.

Sembuh? Masih belum tapi insyaAllah aku sedang berjuang ke arah itu. Moga tidak ku temu suara ilusiku lagi.

Buat kalian yang seperti aku. Kita tidak keseorangan, sahabat. Masih ramai lagi yang sedang berjuang dengan mentalnya sendiri. Pesanku, kita harus kuat. Dan teruskan berusaha untuk sembuh.

Hasil tulisan ini aku dedikasikan kepada Dr yang merawatku. Kerana masih ada seseorang yang tidak pernah putus asa dalam menyembuhkan, memberiku semangat kuat untuk aku terus sembuh. Terima kasih Dr. Semoga semua kebaikan dibalas dengan kebaikan yang lebih baik lagi.

Kongsikan kisah ini

Facebook
Twitter
WhatsApp

Kisah Terkini

Kisah #26 : Saya Ketakutan

Semakin hari, dada saya semakin sakit! Kepala saya semakin pening! Badan saya kerap ‘shaking’ apabila berhadapan dengan situasi keramaian..

Kisah #25 : Aku Menderita

Menderita? Benarkah? Aku tidak begitu ingat. Tetapi jika tidak, mengapa aku terpaksa menggalas beban kemurungan sejak bersekolah?