Kisah #21 : Aku Adalah ‘Survivor’

KisahKita 21 featured image

24 tahun aku hidup, tak pernah terlintas di fikiran bahawa aku akan menjadi salah seorang yang didiagnos dengan kesihatan mental. Bila mendengar diagnosis yang diberikan, rasa diri ini seperti ditampar dengan tamparan yang kuat. Puas aku fikir.. “kenapa?” “macam mana?” “apa persepsi orang pada aku nanti?” “aku ni gila ke?”

Aku berada dalam fasa “in denial” untuk beberapa tempoh. Rasa mcm tak percaya dan tak commit pada plan treatment dan ubat yang di berikan dan keadaan aku menjadi lebih teruk, Sampai lah kawan cadangkan untuk cuba psikoterapi di Jiwa Damai. Pada mulanya aku skeptikal sebab aku bukan jenis yang bercerita pada orang.. bahasa mudahnya, tak reti nak express perasaan sendiri. Tapi cuba je lah, belum cuba, belum tahu kan.

Alhamdulillah, saat cerita ini dicoretkan.. aku telah pun melalui 6 sesi.. dan aku dah mula boleh terima keadaan diri aku.. aku boleh terima yang aku ada cabaran kesihatan mental dan belajar macam mana untuk hidup bersamanya. Setiap sesi, aku rasa ada benda baru tentang diri aku yang aku berjaya terokai.. dan aku semakin mahir untuk mengawal diri aku di saat emosi aku tak stabil. Terima kasih aku ucapkan pada si dia yang mengenalkan aku pada Jiwa Damai.. Terima kasih pada therapis aku yang bersabar dan tak jemu membantu aku menghadapi proses ini.

Aku adalah survivor!

Buat mereka diluar sana yang mungkin seperti aku.. yang takut pada persepsi orang sekeliling, yang masih tidak boleh menerima keadaan diri.. pesanan aku pada kalian, it’s okay to ask for help.. it’s okay to seek for help.. and it’s okay not to be okay.. kerana pada akhirnya kita adalah manusia.. dan kerana kita ini manusia, maka kita akan diuji.. itu kata yang maha Esa..

Abaikan persepi orang.. lawan kata-kata halus yang bermain di fikiran. we should not succumbed to that problem, instead let’s rise and seek for solution!

Kongsikan kisah ini

Facebook
Twitter
WhatsApp

Kisah Terkini

Kisah #26 : Saya Ketakutan

Semakin hari, dada saya semakin sakit! Kepala saya semakin pening! Badan saya kerap ‘shaking’ apabila berhadapan dengan situasi keramaian..

Kisah #25 : Aku Menderita

Menderita? Benarkah? Aku tidak begitu ingat. Tetapi jika tidak, mengapa aku terpaksa menggalas beban kemurungan sejak bersekolah?