Kisah #26 : Saya Ketakutan

KisahKita 26 featured image

Biarkan jari berbicara buat seketika ini. Mental merupakan ‘alat’ yang paling penting bagi setiap pelajar. Oleh itu, kita mestilah menjaga mental sebaik baiknya. Mari saya ceritakan kisah saya seorang penghidap anxiety. Ianya bermula apabila saya mula menyendiri, hanya berdiam diri di dalam bilik untuk belajar semata mata. Kehidupan harian saya memang berbeza apabila saya mula menyelami alam tingkatan 5. Pelbagai kelas tambahan yang dijalankan sehingga saya tiada masa untuk bersosial. Jadual harian saya terlalu padat, sehinggakan saya tiada masa untuk keluar bersiar siar mahupun mencari ketenangan sendiri.

Ada suatu ketika, apabila saya mencuba untuk keluar bersiar-siar, saya melihat seorang seorang lelaki yang sedang memandu, wajahnya seumpama seorang lelaki tua yang sangat seram! Alangkah takutnya saya. Saya memutuskan untuk tidak keluar rumah selepas kejadian itu. Semakin hari, dada saya semakin sakit! Kepala saya semakin pening! Badan saya kerap ‘shaking’ apabila berhadapan dengan situasi keramaian. Ada suatu ketika, saya hampir pengsan kerana takut akan situasi keramaian di pusat membeli belah. Saya mengambil keputusan untuk medical checkup dan saya disarankan untuk berjumpa pakar psikologi.

Kehidupan saya berubah apabila saya mula berjumpa dengan pakar psikologi, semakin hari semakin baik. Saya banyak memperoleh kata-kata semangat dan cara untuk menghadapi pelbagai situasi tanpa cemas. Alhamdulillah, saya berjaya harungi anxiety attack selepas 7 bulan bersama doktor tersebut. Walaupun kini, kesannya masih ada tetapi saya bersyukur ianya semakin baik! Teruslah mara kehadapan mencari jalan penyelesaian terbaik demi diri kita dan mental kita.

Kongsikan kisah ini

Facebook
Twitter
WhatsApp

Kisah Terkini

Kisah #26 : Saya Ketakutan

Semakin hari, dada saya semakin sakit! Kepala saya semakin pening! Badan saya kerap ‘shaking’ apabila berhadapan dengan situasi keramaian..

Kisah #25 : Aku Menderita

Menderita? Benarkah? Aku tidak begitu ingat. Tetapi jika tidak, mengapa aku terpaksa menggalas beban kemurungan sejak bersekolah?