Fahami Apa itu Gangguan Pemakanan (Eating Disorder)

close-up-delicious-fast-food-meal-min

Gangguan pemakanan (eating disorder) jarang kita dengari berbanding keadaan seperti kemurungan atau kebimbangan. Terdapat anggapan yang salah bahawa gangguan pemakanan adalah pilihan gaya hidup.

Gangguan pemakanan sebenarnya adalah penyakit yang serius dan ada kebarangkalian membawa maut yang dikaitkan dengan gangguan teruk dalam tingkah laku makan seseorang dan pemikiran serta emosi yang berkaitan. Malah, masalah ini boleh membawa kepada kesan fizikal yang berbahaya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 70 juta orang di seluruh dunia mengalami gangguan makan. Keasyikan dengan makanan, berat badan dan bentuk badan juga mungkin menandakan seseorang menghadapi gangguan pemakanan.

Definisi

Penyakit mental dan fizikal yang serius tetapi boleh dirawat yang dicirikan oleh kebimbangan mengenai berat badan atau bentuk badan seseorang serta tabiat pemakanan yang tidak teratur. Ini boleh ditakrifkan oleh pengambilan makanan yang tidak mencukupi atau berlebihan.

Gangguan pemakanan yang biasa termasuk:

  • Aneroxia Nervosa
  • Bulimia Nervosa
  • Binge Eating Disorder

Risiko Gangguan Pemakanan

Terdapat beberapa risiko apabila seseorang individu menghadapi mana-mana gangguan pemakanan yang dikelaskan di atas, antaranya:

  • Masalah jantung
  • Gangguan hormon
  • Masalah dengan sistem penghadaman
  • Tulang yang semakin lemah
  • Keabnormalan elektrolit

Hubungi Kami

Jika anda atau seseorang yang anda kenali terlibat dalam pemakanan yang tidak teratur atau tingkah laku berdiet secara berlebihan, dapatkan bantuan daripada psikologis klinikal kami dengan segera.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp