Pilihan Rawatan dan Langkah Mengendali Body Dysmporhic Disorder (BDD)

pexels-thirdman-8487190

Body Dysmporhic Disorder (BDD) ialah keadaan kesihatan mental yang dicirikan oleh pemikiran obsesi dengan kelemahan atau kecacatan yang dilihat pada penampilan fizikal seseorang, yang selalunya kecil atau bahkan tidak wujud pada pandangan orang lain.

Individu yang mempunyai BDD terlalu mengambil berat tentang penampilan mereka dan mungkin menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk memikirkan dan cuba menyembunyikan atau memperbaiki kelemahan yang dilihat ini.

Contohnya, mengambil masa yang lama untuk berulang kali melihat diri sendiri di hadapan cermin atau membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk menjalani rawatan kosmetik (pembedahan plastik).

Bagaimana BDD dirawat?

Terapi Tingkah Laku Kognitif

Rawatan terbaik untuk BDD adalah Cognitive Behavioral Therapy (CBT) yang disesuaikan secara khusus dengan simptom yang dialami. CBT telah terbukti membantu dalam merawat simptom BDD.

  • CBT merupakan satu-satunya rawatan psikologi buat BDD setakat ini yang disokong dengan baik oleh kajian penyelidikan.
  • Ahli terapi dan individu bekerja sebagai satu pasukan untuk mengenal pasti dan mengubah corak pemikiran dan tingkah laku yang bermasalah.
  • CBT untuk orang dewasa dengan BDD juga telah menunjukkan mampu merawat simptom bagi masalah lain yang berkaitan seperti kemurungan, imej badan, harga diri, dan kebimbangan sosial.

Ubat-ubatan

Ubat juga membantu dalam mengurangkan simptom kemurungan dan kebimbangan yang biasanya dialami oleh individu dengan BDD. Pengambilan ubat-ubatan adalah atas nasihat daripada pakar yang merawat anda.

  • Ubat yang paling biasa ditetapkan untuk BDD adalah Selective Serotonin Reuptake Inhibitors (SSRI).
  • Ubat-ubatan ini adalah sejenis “anti-depressants,” tetapi mereka juga biasanya mengurangkan simptom BDD obsesif pemikiran dan tingkah laku kompulsif.

Kebiasaannya, individu yang mempunyai simptom BDD ringan hingga sederhana boleh mendapat manfaat daripada CBT atau ubat sahaja. Manakala individu yang mempunyai simptom lebih teruk mungkin disyorkan untuk mendapatkan rawatan gabungan melalui CBT dan juga ubat.

Pilihan rawatan ini mampu meningkatkan kualiti hidup dan fungsi harian individu dengan BDD serta mengurangkan obsesi ke atas penampilan diri serta tingkah laku kompulsif.

Apa yang boleh saya lakukan untuk membantu diri saya sendiri?

Selain rawatan yang dinyatakan di atas, teknik ‘self-help’ juga mampu untuk mengurangkan simptom BDD yang anda alamo. Berikut adalah beberapa idea yang anda boleh cuba untuk membantu anda mengurus BDD anda:

  • Gunakan bahan bantu diri.
    Ramai orang mendapati bahan bantu diri, seperti buku atau program komputer, berguna dalam
    menguruskan BDD mereka. Bahan bantu diri selalunya berdasarkan prinsip terapi tingkah laku kognitif (CBT), yang telah terbukti berkesan terutamanya dalam merawat BDD. Anda boleh memutuskan untuk menggunakan bahan bantu diri bersama bantuan profesional, atau menggunakannya untuk membina ‘coping skills’ anda.
  • Amalkan penjagaan diri.
    Ambil masa untuk menjaga diri anda sendiri. Contohnya,makan dengan baik dan melakukan sesuatu yang anda gemari,boleh membantu menyokong pemulihan anda dan meningkatkan kualiti hidup anda.
  • Cuba sertai kumpulan sokongan.
    Dengan menyertai kumpulan sokongan, anda berpeluang untuk bertemu, bercakap dan berkongsi kisah dengan individu lain yang mempunyai BDD. Mereka akan lebih memahami perkara yang anda sedang lalui. Malahan, anda juga boleh mendengar bagaimana mereka menghadapi pengalaman ini dengan perasaan yang sama yang mana akan membuatkan anda berasa kurang terasing.

Hubungi Kami

Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang bergelut dengan BDD, adalah penting untuk mendapatkan bantuan daripada profesional kesihatan mental. Intervensi dan rawatan awal boleh membantu meningkatkan kualiti hidup bagi individu yang mengalami gangguan ini. Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan slot konsultasi bersama psikologis klinikal kami.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp