Fahami Cara Menjalankan Teknik ‘Time Out’ Pada Anak

children-are-interested-learning (1)-min

Time-out merupakan teknik yang digunakan dengan kanak-kanak sebagai satu bentuk disiplin untuk menangani isu tingkah laku. Ia secara amnya berkesan untuk tingkah laku agresif atau penentangan.

Matlamatnya adalah untuk memberikan rehat singkat daripada peneguhan positif, dan membantu kanak-kanak mengaitkan tingkah laku yang tidak diingini dengan akibat. Ia boleh memberi mereka masa untuk bertenang, merenung tindakan mereka, dan diharapkan mereka juga belajar membuat pilihan yang lebih baik pada masa hadapan.

Teknik ini adalah paling berkesan apabila digunakan secara konsisten dan disertai dengan komunikasi yang jelas bersama dengan kanak-kanak tentang sebab dan akibat daripada tingkah laku mereka.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mempertimbangkan umur kanak-kanak, kerana ia mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak yang sangat kecil yang mungkin tidak memahami sepenuhnya konsep time-out ini.

Satu amaran perlu diberikan apabila anak anda melakukan salah laku sebelum mengarahkan mereka untuk menjalankan time-out. Tetapi jika anak anda dengan sengaja melanggar peraturan yang telah anda bincangkan, time-out boleh diberikan tanpa amaran.

8 Cara Menjalankan Teknik Time Out Pada Anak

  • Harus berlaku serta-merta (atau secepat mungkin). Ini membolehkan anak anda mengaitkan tingkah laku yang tidak diingini dengan akibat (time-out) dengan lebih baik. Semakin lama masa antara tingkah laku dan akibat, semakin kurang keberkesanannya.

  • Tetapkan satu tempat yang bebas daripada gangguan. Bilik tidur—tempat kanak-kanak yang mempunyai bermacam-macam mainan merupakan salah satu tempat menjalankan time-out yang paling teruk. Sebaliknya, gunakan kawasan yang lebih sesuai tanpa gangguan.

  • Terangkan secara ringkas sebab kenapa anak anda perlu menjalankan time-out. Jelaskan kepada mereka menggunakan dua atau tiga ayat sahaja. Sentiasa gunakan nada yang tenang, dan elakkan
    masuk ke dalam bebelan panjang atau kemarahan yang tidak terkawal.

  • Jangan berikan perhatian kepada anak anda semasa mereka menjalankan time-out. Anda boleh memantau anak anda, tetapi elakkan memberi apa-apa perhatian tambahan. Jika anak anda meninggalkan tempat time-out, bawa mereka ke tempat asal dengan tenang tanpa bercakap atau bertentang mata.

  • Jangan buat ugutan kosong. Jika anda memberi amaran atau time-out, anda mesti mematuhinya. Jadi, bberhati-hatilah untuk tidak melaksanakan apa yang telah anda katakan kepada anak anda.

  • Time-out berlangsung selama satu minit setiap tahun usia. Setelah anak anda duduk dengan tenang, tetapkan pemasa dan letakkan di tempat yang mereka boleh lihat. Jika anak anda melarikan diri atau membuat perangai semasa time-out, hentikan pemasa dan sambung semula apabila mereka telah tenang, bukannya menambah lebih banyak masa.

  • Apabila tamat masa time-out, maka tamatlah. Jika anda masih berasa kecewa dengan tingkah laku anak anda selepas masa yang telah ditetapkan tamat, berhati-hatilah untuk tidak memanjangkan masa itu. Ini bermakna, tiada bebelan atau lain-lain akibat yang berterusan selepas time-out.

  • Imbangkan time-out dengan perhatian yang positif. Time-out adalah paling berkesan apabila terdapat banyak interaksi baik di antara ibu bapa dengan anak. Luangkan masa berkualiti dengan anak anda, perhatikan bila anak anda berkelakuan baik, dan berikan anak anda pujian di atas tingkah laku tersebut.
[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp