Kisah #7 : Pendawaian Semula

KisahKita 7 featured image

“…Sejak kebelakangan ini sudah mula aku mendengar suara dalam bisik-bisikan yang tidak aku ingini. Kalau susah sangat tidur apa kata mati. Sumpah aku takut dengan diri sendiri..”

Suara-suara inilah yang sering mengganggu fikiran pesakit mental sehingga mereka menderita.

Sewaktu aku 20 tahun, aku telah mengalami kecederaan pada otak. Ini berlaku pada hujung bulan Julai 2023. Aku mengalami kemalangan di jalan raya sewaktu aku pulang dari membeli-belah. Aku dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan yang selanjutnya. Aku kembali sedar pada jam 8:46 p.m. Sewaktu aku berada di hospital, doktor mengesahkan aku menghidapi kecederaan pada otak yang kritikal. Aku tak percaya bahawa aku menghadapi penyakit tersebut. Dalam hal itu aku mengalami trauma ketika aku menaiki kereta. Hal ini memberi kesan yang menyebabkan aku menghadapi masalah penumpuan dan daya ingatan sewaktu aku belajar. Kadang-kadang aku berhalusinasi dan mendengar suara bisikan. Ini membuat aku stres, marah dan emosi pada bila-bila masa. Dalam masa itu, aku sering bersendirian di dalam bilik tanpa bergaul dengan orang lain. Bagi mengubati penyakit yang aku hadapi, ibu bapa aku membawa aku pergi untuk menerima rawatan psikoterapi di hospital.

Dalam psikoterapi, aku boleh meneroka dan mendalami pemikiran, perasaan, dan juga tingkah laku. Aku biasanya akan berasa lebih baik dengan bantuan psikoterapi dalam beberapa bulan tetapi ada beberapa kesan rawatan lebih lama mungkin diperlukan bergantung kepada keadaan. Aku juga disarankan mengambil ubat-ubatan untuk menangani masalah mental iaitu Antidepressants dan Anti-anxiety medications. Selain itu, sokongan keluarga kepada aku membantu aku merawat penyakit yang dihadapi.

Alhamdulillah aku selepas sembilan bulan menjalani ‘pendawaian semula’ kesihatan otak aku kembali normal. Oleh itu kesihatan mental bukanlah sesuatu yang boleh dan patut dipandang remeh.

Kongsikan kisah ini

Facebook
Twitter
WhatsApp

Kisah Terkini

Kisah #26 : Saya Ketakutan

Semakin hari, dada saya semakin sakit! Kepala saya semakin pening! Badan saya kerap ‘shaking’ apabila berhadapan dengan situasi keramaian..

Kisah #25 : Aku Menderita

Menderita? Benarkah? Aku tidak begitu ingat. Tetapi jika tidak, mengapa aku terpaksa menggalas beban kemurungan sejak bersekolah?