Kisah #5 : Dicemuh Kerana Berbeza?

KisahKita 5 featured image

Mak saya beritahu saya pada ulangtahun hari jadi saya yang ke-26, katanya saya harus cari jalan untuk diagnos diri saya sebab dia suspek saya autistik sejak dari kecil tapi dia selalu menafikan. Saya pernah terbaca artikel mengenai autism dan banyak yang saya boleh kaitkan dengan diri saya dan sama seperti ibu saya,saya menafikan. Saya beritahu kawan-kawan saya, mereka suruh saya fikir yang saya ini sebenarnya normal sahaja.

Sampailah satu hari, saya sedang melahirkan anak, doktor dan jururawat-jururawatnya menghadapi masalah sebab saya berkelakuan sangat agresif dan susah bagi mereka membantu saya untuk bersalin. Dari respon mereka saya diminta untuk mendapatkan diagnos tentang keadaan saya. Setelah tiga tahun dinilai akhirnya saya diagnos sebagai seorang yang mempunyai ADHD dan asperger.

Apa yang bagusnya bila saya didiagnos, saya dapat terapi dan jumpa pakar psikiatrik. Dengan ini semua, saya diberi strategi untuk membuatkan saya boleh belajar, bekerja dan berkawan.

Disebalik itu semua saya dicemuh orang-orang terdekat mengatakan saya ini normal sahaja, tak perlukan terapi, sepatutnya saya kuatkan iman, ada yang suruh saya berubat dengan ustaz (mungkin itu kebiasaan orang kita) dan ada yang kata saya buat-buat tak sihat. Saya terus berusaha ikut tarikh semua temujanji untuk jumpa pakar-pakar. Memang berhasil. Saya dapat bekerja di tempat antara yang paling stress iaitu menjadi guru di sekolah menengah.

Alhamdulillah sudah setahun di sini. Pelbagai tugasan saya dapat buat dengan baik walaupun ada yang perlu saya usaha hingga saya dapat melakukannya. Biarlah orang berfikir saya ini orang yang sakit mental tapi sepanjang saya dicemuh, saya boleh bekerja apabila saya dapat pertolongan pakar.

Kongsikan kisah ini

Facebook
Twitter
WhatsApp

Kisah Terkini

Kisah #26 : Saya Ketakutan

Semakin hari, dada saya semakin sakit! Kepala saya semakin pening! Badan saya kerap ‘shaking’ apabila berhadapan dengan situasi keramaian..

Kisah #25 : Aku Menderita

Menderita? Benarkah? Aku tidak begitu ingat. Tetapi jika tidak, mengapa aku terpaksa menggalas beban kemurungan sejak bersekolah?