8 Tips Membantu Kanak-kanak Mengikuti Arahan Dalam Kelas & Rumah

pexels-yan-krukau-8613066

Mengikuti arahan adalah sebahagian daripada keperluan dalam kehidupan seharian. Ia adalah keupayaan kanak-kanak untuk bertindak atas permintaan orang lain.

Mengikuti arahan memerlukan kanak-kanak itu memperhatikan perincian dalam bahasa pertuturan, menyusun maklumat mengikut langkah-langkah yang sesuai dan mendapatkan penjelasan jika mereka menghadapi masalah untuk  mengingat kembali maklumat tersebut.

Di rumah, ibu bapa meminta anak-anak mereka melakukan sesuatu di sekeliling rumah. Contohnya,
“Adik, letak cawan atas meja.”

Manakala di sekolah pula, guru meminta pelajar mereka mengikut arahan di dalam bilik darjah dan dalam tugasan akademik. Contohnya,

“Keluarkan buku latihan Matematik dari beg kamu.”

“Salin semua perkataan yang ada di papan tulis ke dalam buku nota kamu.”

Malahan, ketika bermain dengan rakan sebaya, kanak-kanak sering memberi arahan antara satu sama lain. Contohnya,

“Jom kita main sorok-sorok. Saya menyanyi, awak pergi sembunyikan diri.”

Tips Membantu Kanak-kanak Mengikuti Arahan

Pada usia 5 tahun, kanak-kanak sepatutnya sudah mula mengikuti arahan dengan baik di dalam kelas atau ketika di rumah. Berikut ialah beberapa idea atau tips untuk membantu kanak-kanak mengikuti sesuatu arahan :

  • Pastikan kanak-kanak mengambil perhatian sebelum anda memberikan arahan

Tidak mengapa sekiranya eye contact tidak berlaku di antara anda dan kanak-kanak. Sebaliknya, minta mereka melihat ke arah anda atau menggunakan telinga mereka untuk mendengar apa yang anda ingin sampaikan.

  • Kurangkan gangguan yang ada di sekeliling

Ini termasuk sebarang muzik latar belakang, bunyi bising, TV, dan meletakkan permainan atau buku ke tempat lain untuk mendengar arahan.

  • Berikan arahan yang jelas dan tepat

Pastikan arahan anda spesifik kerana ramai kanak-kanak menghadapi masalah mengatur bahasa dan ini akan membawa kepada arahan yang tidak jelas. Beritahu kanak-kanak setiap langkah yang mereka perlu lakukan dan bagaimana caranya.

  • Pecahkan arahan satu demi satu

Memecahkan arahan kepada langkah demi langkah mungkin lebih mudah untuk diproses dan diikuti oleh kanak-kanak. Pastikan mereka tahu langkah pertama yang perlu dilakukan terlebih dahulu.

  • Tunggu sebentar sebelum mengulangi arahan anda

Berikan masa selama 3 hingga 7 saat untuk membenarkan kanak-kanak memproses arah anda. Jika selepas tempoh ini mereka masih tidak dapat mengikuti arahan, ulangi semula arahan anda sekali lagi.

  • Semak untuk memastikan mereka faham

Minta kanak-kanak mengulangi arahan kepada anda selepas masa menunggu tamat. Ini akan membantu anda untuk menilai sama ada mereka memahami  dan dapat memproses arahan dengan sebaiknya atau tidak.

  • Jangan menjerit ketika anda memberikan arahan

Beri arahan dalam nada suara yang lembut dan sekata dan bukannya menjerit berulang kali kepada kanak-kanak. Cara ini akan membantu menarik perhatian kanak-kanak dan seterusnya mendengar arahan dengan baik.

  • Gunakan alat bantu visual/isyarat (visual cue)

Menggunakan visual boleh membantu ramai kanak-kanak yang menghadapi masalah dengan pemprosesan pendengaran. Meletakkan arahan ke dalam jadual visual atau kad isyarat boleh menggalakkan kebebasan dalam mengikut arahan, tanpa anda perlu mengulang arahan berulang kali.

Hubungi Kami

Jika anak anda berada dalam keadaan yang hampir tidak mampu menyelesaikan tugasan dengan baik atau sekolah anak anda kerap melaporkan kesukaran anak anda mengikut arahan, sudah tiba masanya untuk mendapatkan bantuan. Hubungi kami untuk menjalani konsultasi bersama psikologis klinikal.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp