8 Aktiviti Boleh Dilakukan Sebelum Anak Belajar Pakai Baju Sendiri

pexels-alex-green-5691874

Berpakaian adalah kemahiran penting yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Ia adalah sebahagian daripada kemahiran urus diri.

Belajar untuk berpakaian membina keyakinan dan kebebasan kepada anak anda serta memberikan mereka rasa pencapaian. Dan apabila anak anda boleh berpakaian sendiri, ia dapat mengurangkan tekanan kepada ibu bapa atau penjaga.

Jom ketahui cara bagaimana untuk menggalakkan anak kecil anda mula berpakaian sendiri. Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh mereka :

  • Aktiviti pretend play. Kanak-kanak bermain dengan memakai pelbagai jenis set pakaian atau kustom yang menarik.
  • Bermain dengan anak patung. Kanak-kanak memakaikan dan menanggalkan pakaian pada anak patung.
  • Bermain musical chair. Kanak-kanak memakai pakaian dari longgokan sehingga muzik berhenti. Pada akhir permainan, kanak-kanak dengan pakaian terbanyak adalah pemenang.
  • Gunakan pelbagai baju besar atau baju di bahagian dalam. Beri peluang kepada kanak-kanak bermain basah, melukis atau memasak.
  • Bermain papan butang atau kiub permainan. Ini boleh dijalankan untuk memberi kanak-kanak latihan pada setiap jenis pengancing.
  • Bermain popper book. Bahagian gambar perlu dibutangkan pada setiap halaman.
  • Bermain padanan stokin. Letakkan pelbagai stokin dalam longgokan, kanak-kanak perlu mencari pasangan stokin yang sama dan memakainya.
  • Berikan pujian. Pastikan setiap bahagian atau langkah tugasan yang dilakukan oleh anak anda diperkukuh secara positif.

Hubungi Kami

Jika anda perasan bahawa anak anda tidak mencapai pencapaian penting dalam kemahiran berpakaian, bawa mereka untuk menjalani penilaian bersama terapis carakerja.

Jika tidak ditangani dengan segera, bimbang sekiranya isu ini boleh membawa kepada kelewatan perkembangan yang lebih besar pada masa hadapan.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp