Tanda-tanda ADHD pada Orang Dewasa, Adakah Anda Menghadapinya?

pexels-tara-winstead-8378730-min (1)

Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) adalah  gangguan kesihatan mental yang merangkumi gabungan masalah berterusan, seperti kesukaran memberi perhatian, hiperaktif dan tingkah laku impulsif.

ADHD dewasa boleh membawa kepada perhubungan yang tidak stabil, prestasi kerja atau sekolah yang lemah, harga diri yang rendah dan masalah lain.

Meskipun ia dipanggil ADHD dewasa, gejala bermula pada awal kanak-kanak dan berterusan sehingga dewasa. Ada yang didiagnosis pada zaman kanak-kanak, dan sebahagiannya pula hanya dapat diketahui apabila seseorang itu menginjak dewasa.

Gejala ADHD yang dihadapi orang dewasa mungkin tidak sejelas gejala ADHD pada kanak-kanak. Pada orang dewasa, hiperaktif mungkin berkurangan, tetapi tingkah laku impulsif, kegelisahan dan kesukaran memberi perhatian mungkin berterusan.

Simptom

Merujuk kepada Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition (DSM–5), kriteria klinikal yang akan dirujuk adalah seperti berikut :

Inattention (Kurang Perhatian)

  1. Selalu gagal memberi perhatian kepada butiran penting atau membuat kesilapan dalam tugasan. Contohnya, terlepas pandang atau terlepas butiran, kerja tidak tepat.
  2. Selalu mengalami kesukaran untuk mengekalkan perhatian pada tugasan. Contohnya, semasa kuliah, perbualan atau bacaan yang panjang.
  3. Selalu nampak tidak mendengar ketika bercakap secara langsung walaupun tanpa ada sebarang gangguan yang jelas.
  4. Selalu tidak mengikut arahan dan gagal menyelesaikan tugas di tempat kerja. Contohnya, memulakan sesuatu dan kemudian hilang tumpuan dan tidak menyelesaikannya.
  5. Selalu mengalami kesukaran mengatur tugasdan/atau aktiviti. Contohnya, menguruskan tugasan berurutan, menyimpan bahan/barangan dalam susunan, pengurusan masa yang lemah, atau gagal mematuhi tarikh akhir tugasan.
  6. Selalu mengelak atau tidak suka kepada tugasan yang memerlukan kekuatan mental yang berterusan. Contohnya, menyediakan laporan atau mengisi borang.
  7. Selalu kehilangan barang yang diperlukan untuk sesuatu tugasan atau aktiviti. Contohnya, dompet, telefon bimbit atau cermin mata.
  8. Selalu terganggu dengan rangsangan luar. Bagi orang dewasa, ini boleh termasuk pemikiran yang tidak berkaitan (unrelated thoughts).
  9. Sering terlupa dalam aktiviti harian. Contohnya, membalas panggilan, membayar bil atau memenuhi janji temu.

Hiperaktif & Impulsif

  1. Selalu gelisah. Mengetuk tangan dan kaki atau menggeliat di tempat duduk.
  2. Selalu meninggalkan tempat duduk dalam situasi yang memerlukan anda untuk duduk. Contohnya, di pejabat atau dalam mesyuarat.
  3. Sering berasa resah.
  4. Selalu tidak dapat melibatkan diri dalam aktiviti secara senyap.
  5. Selalu berada dalam keadaan “on the go”. Tidak boleh atau tidak selesa duduk diam untuk masa yang lama. Contohnya, dalam mesyuarat atau restoran.
  6. Sering bercakap berlebihan.
  7. Selalu memberikan jawapan sebelum soalan selesai. Contohnya, tidak boleh menunggu giliran mereka dalam perbualan.
  8. Selalu mengalami kesukaran untuk menunggu giliran. Contohnya, menunggu dalam barisan.
  9. Selalu mengganggu atau campur tangan dalam urusan orang lain. Contohnya, ambil alih apa yang orang lain lakukan.

Kepentingan Menjalani Penilaian ADHD

Terdapat beberapa sebab mengapa penilaian penting dan bermanfaat kepada anda:

  • Untuk mengenal pasti apa yang anda mahir dan bahagian mana dalam hidup anda yang mungkin memberi lebih cabaran dan membangunkan strategi untuk membantu diri sendiri.
  • Untuk mengetahui sama ada kesukaran semasa anda disebabkan oleh ADHD dan bukan disebabkan kondisi lain.
  • Untuk mengetahui sama ada anda mempunyai ADHD dan kondisi lain juga.
  • Untuk mengenal pasti sama ada terdapat rawatan bagi ADHD yang mungkin sesuai untuk anda.

Hubungi Kami

Jika anda atau kenalan terdekat mempunyai beberapa ciri-ciri atau simptom seperti di atas, anda dinasihatkan untuk menjalani penilaian ADHD bersama psikologis klinikal kami.

Hubungi kami segera untuk mendapatkan slot janji temu.

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp