Hentikan Penderaan Emosi Kanak-kanak

little-girl-has-problems-with-home-alone-min

Mana-mana kanak-kanak dari apa sahaja latar belakang, boleh menghadapi risiko penderaan emosi. Kanak-kanak yang didera secara emosi sering mengalami satu lagi jenis penderaan atau pengabaian pada masa yang sama – tetapi ini tidak selalu berlaku.

Apabila sesebuah keluarga mengalami kemelut, ibu bapa dan penjaga berkemungkinan tidak dapat menyediakan menyediakan suasana rumah yang selamat dan penuh kasih sayang untuk anak-anak mereka. Ia boleh berlaku apabila sesebuah keluarga itu mengalami :

  • masalah perhubungan (di ambang penceraian dll.)
  • pergaduhan dalam keluarga
  • masalah kewangan atau pengangguran
  • isu kesihatan mental
  • kemiskinan
  • ketagihan kepada dadah atau alkohol
  • penderaan rumah tangga.

Apakah penderaan emosi?

Penderaan emosi ialah sebarang jenis penderaan yang melibatkan penganiayaan emosi yang berterusan terhadap kanak-kanak. Ia kadangkala dipanggil penderaan psikologi. Penderaan emosi boleh melibatkan cubaan secara sengaja untuk menakutkan, mengaibkan, mengasingkan atau mengabaikan kanak-kanak.

Penderaan emosi juga boleh menjadi sebahagian daripada jenis penderaan lain. Ini bermaksud sukar untuk mengesan tanda-tanda atau membezakannya, walaupun ia juga boleh berlaku dengan sendirinya.

Jenis penderaan emosi

Penderaan emosi termasuk :

  • mengaibkan atau sentiasa mengkritik kanak-kanak
  • mengugut, menjerit kepada kanak-kanak atau memanggil mereka dengan nama yang tidak baik
  • menjadikan kanak-kanak itu bahan jenaka, atau menggunakan sindiran untuk menyakiti kanak-kanak
  • menyalahkan dan menjadikan kanak-kanak sebagai ‘kambing hitam’
  • membuat kanak-kanak melakukan perbuatan yang menjatuhkan maruah
  • tidak mengiktiraf keperibadian kanak-kanak itu sendiri atau cuba mengawal kehidupan mereka
  • mendesak kanak-kanak terlalu kuat atau tidak menyedari batasan mereka
  • mendedahkan kanak-kanak kepada peristiwa atau situasi yang buruk, seperti penderaan rumah tangga atau pengambilan dadah
  • gagal menggalakkan perkembangan sosial kanak-kanak
  • tidak membenarkan mereka mempunyai kawan
  • berterusan mengabaikan mereka
  • tidak ada untuk mereka
  • memanipulasi kanak-kanak
  • tidak pernah berkata sesuatu yang baik, meluahkan perasaan positif atau mengucapkan tahniah kepada kanak-kanak atas kejayaan
  • tidak pernah menunjukkan sebarang emosi dalam interaksi dengan kanak-kanak, juga dikenali sebagai pengabaian emosi.

Dari masa ke masa, penderaan dan pengabaian emosi boleh memberi kesan jangka panjang yang serius terhadap kesihatan dan perkembangan sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak.

Tanda-tanda Penderaan Emosi

Tiada sebarang tanda fizikal penderaan emosi atau pengabaian yang jelas. Dan seorang kanak-kanak mungkin tidak memberitahu sesiapa apa yang berlaku sehingga mereka mencapai ‘titik krisis’. Itulah sebabnya penting untuk melihat tanda-tanda bagaimana kanak-kanak berkelakuan.

Apabila kanak-kanak membesar, emosi mereka berubah. Ini bermakna sukar untuk mengetahui sama ada mereka didera secara emosi ataupun tidak. Tetapi kanak-kanak yang didera secara emosi mungkin :

  • kelihatan tidak yakin atau kurang keyakinan diri
  • bergelut untuk mengawal emosi mereka
  • mengalami kesukaran membuat atau mengekalkan sesuatu perhubungan
  • bertindak dengan cara yang tidak sesuai dengan umur mereka.
  • Tanda-tanda penderaan emosi juga boleh berbeza untuk kanak-kanak pada umur yang berbeza.

Hubungi Kami

Jika anda menghadapi penderaan emosi atau anda berpendapat anda mungkin mendera ahli keluarga anda secara emosi, dapatkan bantuan segera. Hubungi kami untuk menjalani sesi konsultasi bersama psikologis klinikal kami.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp