Kemahiran Pra Menulis Penting Untuk Si Kecil

pexels-karolina-grabowska-4966370

Adakah anak kecil anda sekarang sedang berada dalam fasa di mana mereka suka menconteng? Menconteng dinding rumah, buku sekolah kakak atau abang, pakaian, lantai dan di mana-mana sahaja.

Mengapakah setiap kanak-kanak melalui fasa ini?

Menulis ialah satu proses yang bermula lama sebelum kanak-kanak membentuk huruf dengan pensel. Ia melibatkan perkembangan kemahiran pra menulis seawal usia tiga dan empat tahun, yang diperlukan supaya kanak-kanak dapat menguasai pembentukan huruf dan kawalan pensel.

Apakah itu Kemahiran Pra Menulis?

Kemahiran pra menulis adalah kemahiran asas yang perlu dikembangkan oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh menulis.

Kemahiran ini menyumbang kepada keupayaan kanak-kanak memegang dan menggunakan pensel, dan kebolehan melukis, menulis, menyalin dan mewarna.

Kemahiran Penting yang Perlu Dikuasai Kanak-kanak pada Peringkat Pra Menulis

Berikut adalah beberapa kemahiran yang perlu ada sebelum kanak-kanak bersedia untuk memulakan penulisan formal :

  • Kawalan motor kasar yang dikembangkan dengan baik
  • Postur dan kawalan teras (core control) yang baik
  • Keupayaan untuk melepasi garis tengah
  • Penyelarasan dua hala (bilateral coordination)
  • Pegangan pensel yang baik
  • Kawalan motor halus yang dikembangkan dengan baik
  • Keupayaan untuk membentuk corak asas seperti :  |, —, O, +, /, □, \, X, dan Δ

Ringkasnya, mengajar kanak-kanak menulis bukan bermula dengan pembentukan huruf, tetapi dengan membina semua kemahiran pra menulis terlebih dahulu.

Kesan Jika Kemahiran Pra Menulis Tidak Berkembang Dengan Baik

Apabila kanak-kanak kecil diminta menulis, menyurih, atau menyalin huruf sebelum kemahiran ini dikembangkan, pelbagai masalah boleh anda lihat.

Antaranya, sesetengah kanak-kanak pra sekolah cenderung untuk mengalami kesukaran dengan tulisan tangan, termasuk isu-isu berikut :

  • Pegangan pensel yang tidak matang mengikut perkembangan usia
  • Ketidakupayaan untuk membentuk garis pepenjuru
  • Membentuk huruf dari bawah ke atas
  • Membentuk huruf secara tidak sesuai
  • Pegangan pensel yang lemah
  • Penggunaan tangan yang tidak konsisten
  • Cubitan tangan yang lemah
  • Postur yang lemah
  • Kurang memberi perhatian
  • Kesukaran mengenal pasti huruf dan menyalin bahagian huruf dengan lengkap
  • Dan pelbagai isu lain.

Hubungi Kami

Jika anak anda mengalami mana-mana isu yang berkaitan dengan masalah tulisan tangan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan konsultasi dan sokongan daripada terapis carakerja kami.

Terapis carakerja boleh membantu perkembangan tulisan tangan anak anda dan membantu mereka membina kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dari segi akademik dan kehidupan mereka.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp