Anak Anda Hanya Mempunyai Tenaga Berlebihan atau ADHD?

pexels-ketut-subiyanto-4473809

Ramai ibu bapa bimbang anak mereka mungkin mempunyai ADHD kerana anak mereka sangat bertenaga atau kelihatan hiperaktif.

Hiperaktif adalah salah satu simptom utama ADHD.  Ia adalah gejala yang paling dikenali, menggambarkan kanak-kanak kecil yang tidak boleh duduk diam, sentiasa berlari dan tidak mendengar apabila kita bercakap dengannya.

Tetapi penting untuk diingat bahawa terdapat banyak simptom lain yang boleh menyumbang kepada ADHD. Tenaga yang tinggi atau berlebihan sahaja tidak mencukupi untuk menentukan diagnosis bahawa anak anda mempunyai ADHD.

Adakah Anak Saya Hanya Mempunyai Tenaga Berlebihan atau ADHD?

Kanak-kanak sememangnya sangat aktif. Diibaratkan, fikiran mereka berlari sejuta batu sejam, dan badan mereka mahu bergerak sama pantas dengannya. Inilah sebabnya mengapa sesetengah kanak-kanak dengan ADHD tidak didiagnosis, kerana gejala mereka dianggap sebagai ‘tingkah laku normal.’

Bagaimanakah anda boleh membezakan antara ADHD dan tenaga yang tinggi? Adakah anak anda perlu mendapatkan ujian penilaian ADHD? Panduan di bawah akan membantu anda menilai pilihan anda.

Menyedari tanda-tanda ADHD boleh menjadi langkah pertama untuk mendapatkan diagnosis anak anda.

Tanda-tanda ADHD

Ia mungkin kelihatan sedikit berbeza pada setiap kanak-kanak. Tanda-tanda umum ADHD termasuk:

• Tingkah laku impulsif atau kekurangan kawalan impuls

• Mengubah rancangan tanpa provokasi dan mempunyai masalah untuk meneruskan tugas

• Toleransi yang rendah untuk kekecewaan

• Kecelaruan dan perancangan yang lemah

• Tingkah laku resah dan gelisah

• Mempunyai masalah dengan pengurusan masa dan mengikut arahan

• Mengganggu perbualan atau membawa topik baharu sepenuhnya

• Mempunyai cabaran di sekolah atau di rumah berkaitan dengan tugas yang memerlukan mereka untuk fokus

Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti di atas, anda dinasihatkan untuk membawa anak anda menjalani ujian penilaian untuk menentukan apakah isu sebenar yang anak anda sedang alami dan cara terbaik untuk menanganinya.

Perbezaan Utama

Apabila kanak-kanak menunjukkan beberapa tingkah laku ADHD, ia tidak semestinya bermakna mereka mempunyai ADHD.

Ramai kanak-kanak menghadapi masalah untuk memberi perhatian, menunggu giliran atau duduk diam untuk tempoh yang lama. Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang menepati kriteria diagnostik untuk ADHD berbeza kerana simptom hiperaktif, impulsif dan/atau kurang perhatian mereka adalah lebih teruk daripada yang dijangkakan untuk peringkat umur atau perkembangan mereka.

Bagi kanak-kanak yang mengalami ADHD, simptom yang mereka alami boleh menyebabkan kesusahan dan membawa kepada masalah di sekolah, rumah, atau dalam situasi sosial yang lain.

Cara Mengurus Kanak-kanak yang Bertenaga Tinggi

Menjadi satu cabaran buat ibu bapa untuk menjaga dan mengawal kanak-kanak tidak kira sama ada kanak-kanak didiagnosis dengan ADHD atau sekadar bertenaga tinggi.

Berikut adalah beberapa tips untuk menguruskan kanak-kanak yang bertenaga tinggi :

  • Pastikan kanak-kanak mempunyai medium untuk mengeluarkan tenaga mereka. Contohnya, bermain bola sepak sebagai hobi.
  • Ajar teknik relaksasi. Teknik relaksasi yang menenangkan, seperti senaman pernafasan, boleh membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk berehat.
  • Tetapkan sempadan yang jelas. Jika tingkah laku kanak-kanak boleh mengganggu, beritahu mereka perkara yang patut dan tidak patut mereka lakukan dalam situasi tertentu
  • Perhatikan simptom lain. Jika kanak-kanak menunjukkan beberapa simptom ADHD, anda boleh mendapatkan bantuan.
  • Jika kanak-kanak mempunyai ADHD, dapatkan rawatan.

Hubungi Kami

Diagnosis awal membolehkan kanak-kanak mendapatkan bantuan yang mereka perlukan dengan lebih cepat. Jika simptom anak anda menghalang mereka untuk berfungsi dengan baik dalam kehidupan seharian, dapatkan ujian penilaian segera.

Psikologis klinikal kami boleh membantu anda. Hubungi kami untuk mendapatkan slot janji temu.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp