Uniknya Anak Autisme

side-view-sad-kid-near-wall-min-min

Adakah anda tahu, baru-baru ini tular di media sosial terdapat seorang kanak-kanak yang berumur lapan tahun mendapat gelaran Hafiz oleh kerana kemampuannya untuk menghafaz kesemua 30 juzu’Al-Quran dalam masa 6 hari. 

Apa yang mengagumkan, kanak-kanak ini adalah seorang anak autisme. Perkara ini membuka mata ramai pihak dan masyarakat seluruh dunia bahawa individu autisme mempunyai kebolehan unik yang tidak boleh dipandang remeh. Kebolehan ini boleh dianggap sebagai kelebihan yang luar biasa.

Mengetahui kelebihan luar biasa autisme ini penting, untuk kita mengenali kekuatan unik yang boleh dibawa oleh kanak-kanak autisme kepada dunia. Walaupun terdapat pelbagai cabaran namun mereka tidak boleh dibiar begitu sahaja. Mari kita selami kelebihan mereka dan membantu mereka dalam bimbingan yang sewajarnya.

Apakah kelebihan luar biasa anak autisme?

Antaranya adalah:

  • Memori luar biasa: Ramai kanak-kanak autisme mempunyai ingatan luar biasa yang membolehkan mereka mengingati sejumlah besar maklumat dan fakta sehingga menjadi keupayaan dalam persekitaran akademik dan professional.
  • Perhatian terhadap perincian: Mereka selalunya mempunyai perhatian yang mendalam terhadap perincian dan boleh mengambil butiran kecil yang mungkin terlepas oleh orang lain. Menginjak dewasa mereka ini sesuai untuk bekerja dalam bidang yang memerlukan ketepatan jurutera, jurutera wap, dan lain-lain.
  • Kreativiti: Kanak-kanak autisme mempunyai cara berfikir yang unik sehingga boleh membawa kepada idea kreatif dan inovatif.
  • Tumpuan: Mereka mempunyai kebolehan tumpuan dan pengaruh minat yang tinggi terhadap sesuatu tugasan atau aktiviti yang membawa kepada prestasi luar biasa dalam bidang tertentu.
  • Kejujuran: Selain itu, kanak-kanak autisme mempunyai firasat yang kuat. Mereka dapat merasakan bahawa sesuatu perkara yang betul dan salah. Mereka biasanya akan bersifat jujur, dan sifat ini merupakan sifat berharga dalam hubungan mereka secara peribadi dan profesional.
  • Kesetiaan: Mereka boleh membentuk ikatan yang kuat dengan keluarga, rakan dan penjaga. Sifat ini menunjukkan mereka mempunyai tahap kesetiaan dan dedikasi yang tinggi di dalam diri mereka.
  • Ketabahan: Kanak-kanak autisme boleh menunjukkan kegigihan, keazaman dan ketabahan yang luar biasa dalam keinginannya untuk mencapai sesuatu. Sifat ini boleh menjadi matlamat jangka panjang mereka.

Statistik kelebihan Autisme

Sukar untuk memberikan statistik tentang kelebihan luar biasa kanak-kanak autisme. Hal ini kerana mereka mempunyai sifat berbeza-beza bergantung pada individu, kekuatan dan kebolehan unik mereka. Namun, walaupun statistik boleh memberikan sedikit gambaran tentang kelaziman dan ciri autisme, penting untuk diingatkan bahawa setiap individu yang mempunyai autisme adalah unik dan mungkin mempunyai kekuatan dan cabaran yang juga berbeza.

Berikut adalah beberapa kajian statistik umum yang boleh diketahui berkaitan dengan kelebihan autisme:

  • Sesetengah kajian telah mencadangkan bahawa individu autisme mungkin mempunyai kecerdasan melebihi purata, dengan beberapa anggaran menunjukkan bahawa sehingga 10 peratus individu autism mempunyai kebolehan luar biasa dalam bidang seperti matematik, muzik atau seni.
  • Satu tinjauan juga ada dijalankan oleh National Autistic Society di United Kingdom mendapati bahawa 79 peratus individu dewasa autisme melaporkan mempunyai minat khusus, yang boleh menjadi sumber kreativiti dan semangat mereka.
  • Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Autism and Developmental Disorders mendapati bahawa kanak-kanak Autisme yang mempunyai pemerhatian yang kuat terhadap perincian dan kemahiran pengecaman corak, boleh melakukan lebih baik dalam tugas visual daripada perkembagan kanak-kanak biasa.

Apakah peranan Ibu bapa yang boleh dibuat untuk menyokong kanak-kanak autisme?

Beberapa candangan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah seperti berikut:

  • Bina rutin: Kanak-kanak autisme sering mendapat keselesaan dalam rutin harian mereka. Oleh itu, ibu bapa boleh mewujudkan rutin harian yang konsisten dalam membantu anak autisme berasa selamat dan selesa.
  • Berkomunikasi: Kanak-kanak autisme mungkin mengalami kesukaran untuk berkomunikasi. Oleh itu, ibu bapa perlu mencari cara untuk berkomunikasi secara berkesan dengan anak autisme. Ini mungkin melibatkan penggunaan alat bantu visual, seperti gambar, gerak isyarat, atau membangunkan sistem komunikasi yang sesuai untuk anak autisme.
  • Sediakan persekitaran mesra deria: Ramai kanak-kanak autisme sensitif terhadap pemandangan, bunyi, bau atau tekstur tertentu. Oleh itu, mewujudkan persekitaran mesra deria boleh membantu anak autism berasa lebih selesa dan mengurangkan beban deria.
  • Galakkan interaksi sosial: Kanak-kanak autisme mungkin mengalami kesukaran dengan kemahiran sosial dan berkawan. Ibu bapa perlu mengalakkan anak autisme untuk berinteraksi dengan orang lain seperti menyediakan tarikh bermain atau mengambil bahagian dalam kumpulan kemahiran sosial.
  • Dapatkan bantuan profesional: Ibu bapa boleh bekerjasama dengan profesional penjagaan kesihatan seperti pakar pediatrik perkembangan, ahli terapi cara kerja dan ahli terapi pertuturan. Mereka ini boleh membantu menangani cabaran yang mungkin dihadapi oleh anak autisme anda.

Hubungi Kami

Di Jiwadamai terdapat pakar yang boleh membantu anak anda. Pihak kami memainkan peranan penting dalam membantu anak autisme. Terapi kami menggunakan pelbagai aktiviti sebagai alat untuk membina kekuatan anak anda dan membantunya mencapai matlamat.

Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai perkembangan mereka, hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan kami dan cara kami boleh membantu anak anda berkembang dengan lebih baik.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp