Ibu Ayah Perlu Tahu : Penyebab Sikap Agresif Pada Anak

cute-adorable-boy-studio (1)-min

Setiap kanak-kanak melalui fasa di mana mereka menunjukkan emosi marah dan membangkang. Ramai kanak-kanak menunjukkan emosi ini bermula dari usia dua tahun. Ia adalah sebahagian daripada keinginan mereka untuk mengawal sendiri hidup mereka.

Perkara ini adalah perkara biasa dalam proses kanak-kanak membesar. Walau bagaimanapun, anak anda mungkin bertindak dengan cara yang merisaukan atau menakutkan anda. Lebih-lebih lagi apabila anda melihat anak anda bertindak agresif atau ganas terhadap kanak-kanak lain atau sesiapa sahaja.

Mereka mungkin menggigit, memukul, mencakar atau menendang orang lain untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Sebagai ibu bapa, situasi ini adalah lebih sukar untuk ditangani. Anda juga mungkin bingung mengapa anak anda bersikap sedemikian.

Punca Kanak-kanak Bersikap Agresif

Untuk membantu anak anda mengawal sikap agresif, langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah memahami sebab atau punca mengapa anak anda memilih untuk bertindak seperti itu.

Lebih banyak anda memahami perkara yang berlaku, anda akan dapat membantu mereka mencari cara lain yang tidak agresif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Punca tingkah laku agresif mungkin disebabkan oleh mana-mana atau semua daripada yang berikut :

  • Mempertahankan diri
  • Diletakkan dalam keadaan tertekan
  • Kurang rutin
  • Kekecewaan atau kemarahan yang melampau
  • Perkembangan pertuturan yang tidak mencukupi
  • Rangsangan yang berlebihan
  • Keletihan
  • Kurang pengawasan orang dewasa
  • Meniru tingkah laku agresif kanak-kanak lain di sekeliling mereka

Kemudian, anda boleh membantu anak anda belajar memahami dan mengawal perasaan marah. Tunjukkan kepada anak anda tingkah laku yang anda ingin lihat. Tetapkan had yang jelas secara tegas tentang tingkah laku yang baik.

Jika anda konsisten dalam tingkah laku anda sendiri, ia akan membantu anak anda memahami cara berkelakuan secara baik dengan orang lain.

Sekiranya anak anda kerap bertindak agresif dan ganas sehingga sukar dikawal, anda dinasihatkan untuk membawa anak anda berjumpa dengan psikologis kami bagi mendapatkan penilaian awal. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan cadangan tentang cara untuk mengawal emosi dan tingkah laku anak anda.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp