Cabar Pemikiran Negatif Anda!

pexels-mikhail-nilov-7929089-min

Pemikiran negatif boleh menjadi tidak rasional dan mempengaruhi emosi anda jika tidak dikawal.

Setiap orang mengalami pemikiran yang negatif pada tahap tertentu, tetapi apabila seseorang secara tidak sedar mengalami pemikiran ini dengan konsisten, ia boleh membawa kepada tekanan emosi.

Emosi yang tidak stabil ini pula boleh membawa ke “jalan pemikiran” yang tidak membantu, meyakinkan kita tentang semua jenis perkara karut yang akhirnya mengurangkan tahap keyakinan kita dalam menjalani kehidupan.

Apabila anda telah mengenali sebarang pemikiran negatif yang anda ada, langkah seterusnya adalah untuk mencabar pemikiran tersebut. Lihat contoh di bawah :

Situasi : Penilaian prestasi kerja tahunan semakin hampir.

Bagaimana perasaan anda : Gugup, tertekan dan bimbang.

Fikiran negatif : Saya yakin semua kerja saya teruk, dan saya tahu saya tidak mampu. Orang lain patut ambil alih tempat saya!

Cabar Pemikiran Negatif Yang Anda Alami

Kini anda boleh mencabar pemikiran negatif anda dengan bertanya soalan ini kepada diri sendiri :

1) Adakah terdapat sebarang bukti yang bercanggah dengan pemikiran ini?

  • Saya sentiasa berjaya dalam banyak projek sebelum ini.
  • Saya telah mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang pada tahun lepas.

2) Bolehkah anda mengenal pasti mana-mana corak pemikiran negatif yang diterangkan sebelum ini?

  • Saya kerap ‘meramal masa depan’. Saya tidak mempunyai bukti yang menyokong prestasi kerja saya sangat teruk.

3) Apa yang anda akan katakan kepada rakan yang mempunyai pemikiran ini dalam situasi yang sama?

  • Saya akan katakan jangan mengarut, awak sentiasa melakukan kerja-kerja awak dengan baik. Selagi awak bekerja bersungguh-sungguh, awak sepatutnya okey saja. Apa-apa pon, awak cuma boleh cuba buat yang terbaik.

4) Apakah kos dan faedah berfikir dengan cara ini?

  • Kos : Ia membuatkan saya berasa sakit kerana bimbang.
  • Faedah: Saya tidak dapat memikirkan apa-apa.

5) Apakah perasaan anda tentang perkara ini dalam masa 6 bulan?

  • Saya mungkin akan melihat ke belakang dan ketawa tentang betapa mengarutnya saya.

6) Adakah terdapat cara lain untuk melihat keadaan ini?

  • Saya sentiasa melakukan kerja-kerja saya dengan baik sebelum ini, jadi saya sepatutnya baik-baik saja. Saya cuma mampu melakukan yang terbaik, lagipun saya telah bekerja bersungguh-sungguh. Paling teruk, saya hanya perlu mengasahkan kemahiran saya untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.

Sebaik sahaja anda bertanya soalan ini, anda perlu menilai kesemua jawapan anda. Cuba dapatkan pandangan yang lebih seimbang atau rasional. Sebagai contoh :

“Bimbang tentang prestasi kerja saya teruk tidak mendatangkan faedah kepada saya. Saya sentiasa melakukan tugasan dengan baik sebelum ini jadi saya sepatutnya baik-baik saja, lagipun saya sudah bekerja keras.”

Cuba gunakan soalan-soalan ini pada pemikiran negatif yang anda perasan ada pada diri anda. Ia boleh membantu mengurangkan tahap kebimbangan anda.

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp