“Kalau saya bercakap, saya mungkin akan cakap sesuatu yang ‘bodoh’ dan saya akan berasa terhina, jadi saya akan berdiam diri saja.”
“Kalau saya sentuh sesuatu, mungkin saya boleh jatuh sakit dan mati. Jadi lebih baik saya tidak sentuh apa-apa yang ada disekeliling saya.”
Salah satu tindak balas yang paling berbahaya untuk mengatasi kebimbangan ialah dengan mengelak.
Pelbagai tingkah laku (safety behavior) mungkin dipamerkan semasa seseorang cuba untuk mengelak sebarang situasi yang menyebabkan kebimbangan.
Apabila seseorang mengelak sumber kebimbangan mereka, mereka akan berasa lega. Tetapi apabila berhadapan dengan sumber yang sama pada masa hadapan, kebimbangan tersebut akan menjadi lebih teruk.
Mengapakah safety behavior boleh menjadi masalah?
Tindak balas ini mungkin kelihatan membantu, kerana ia mengurangkan kebimbangan dalam jangka masa pendek. Malangnya, ia boleh mengekalkan kebimbangan dalam jangka masa yang panjang kerana :
- Menghentikan anda daripada berhadapan dengan ketakutan anda. Ketakutan atau kebimbangan sedia ada tidak pernah diuji dan akan terus timbul masa hadapan.
- Menghalang anda menyangkal kepercayaan negatif tentang situasi sosial. Sebagai contoh, jika anda sentiasa meninggalkan sesuatu majlis, anda tidak berpeluang untuk mengetahui sekiranya anda kekal berada di dalam situasi itu, kebimbangan anda akan berakhir atau berkurangan.
- Boleh menyebabkan hasil yang cuba dielakkan pada awalnya. Anda mungkin cemas dalam situasi sosial kerana bimbang akan berasa janggal dan dihakimi oleh orang lain. Tetapi dengan tindak balas ini mungkin membuatkan anda lebih kelihatan janggal berbanding jika anda tidak melakukan apa-apa.
- Meningkatkan perhatian sepenuhnya hanya kepada diri anda dan mengalihkan perhatian anda daripada kepentingan lain. Kesedaran anda menjadi terlalu tertumpu kepada tahap kebimbangan yang dihadapi, yang sering memburukkan lagi keadaan.
Oleh kerana safety behavior mengekalkan kebimbangan anda, anda harus cuba memikirkan tingkah laku apa yang sering anda lakukan, kemudian sedikit demi sedikit cuba untuk berhenti melakukannya.
Terdapat cara lain yang anda boleh lakukan untuk mengatasi kebimbangan yang anda alami seperti menjalani psikoterapi bersama psikologis klinikal.