10 Tips Menangani Anxiety di Tempat Kerja

luis-villasmil-mlVbMbxfWI4-unsplash

Banyak peranan di tempat kerja hari ini melibatkan pelbagai tugasan dan keperluan untuk memenuhi deadline yang singkat. Situasi ini boleh menyebabkan perasaan bimbang atau cemas pada sesetengah orang.

Menguruskan anxiety atau kebimbangan di tempat kerja bukanlah perkara  yang mudah, terutamanya apabila anda berada dalam tekanan yang tinggi dan cuba menyembunyikannya daripada orang sekeliling anda.

Memahami kebimbangan dan mengetahui cara menanganinya semasa di tempat kerja boleh membantu anda mencapai matlamat anda dan mengekalkan kesihatan yang baik.

Tips Menangani Kebimbangan Anda

Dalam artikel ini, kami menyediakan 10 tips untuk membantu anda menangani kebimbangan di tempat kerja.

1. Berkomunikasi dengan Orang Di Sekeliling Anda

Jika anda berasa cemas, berbincanglah secara jujur ​​dengan rakan sekerja atau pengurus. Komunikasi yang telus dan langsung boleh memberi mereka gambaran tentang perasaan anda dan bagaimana kebimbangan yang dihadapi telah menjejaskan tabiat kerja anda.

Kadangkala hanya berkata kepada seseorang, “Saya bimbang saya tidak boleh menyelesaikannya sebelum deadline” boleh membantu melegakan tekanan yang anda hadapi. Dan lebih baik lagi, seseorang mungkin berempati dengan situasi anda dan memberi anda nasihat atau maklum balas yang berguna untuk membantu anda melaluinya.

2. Membangunkan tabiat yang sihat

Kesihatan fizikal boleh menjejaskan kesihatan mental bergantung kepada tabiat dan tingkah laku dalam rutin harian anda. Membangunkan tabiat yang sihat boleh mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan kesejahteraan. Antara tabiat yang boleh dilakukan termasuk :

  • Makan makanan yang berkhasiat
  • Tidur sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam
  • Minum air sepanjang hari
  • Hadkan pengambilan kafein
  • Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

3. Luangkan Masa untuk Berehat Daripada Kerja

Meluangkan masa dengan mengambil cuti sehari daripada kerja membantu anda meningkatkan kesejahteraan, mengumpul tenaga, dan  membangunkan perspektif positif untuk kembali bekerja, yang mungkin mengurangkan atau menghalang perasaan bimbang yang berlebihan.

4. Fokus pada Pernafasan

Apabila anda mula berasa cemas dan bimbang, tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung anda selama 5 hingga 7 saat. Tahan nafas selama 3 atau 4 saat. Kemudian hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut anda selama 7 hingga 9 saat. Lakukan latihan pernafasan ini 10 hingga dua 20 kali – atau sehingga anda mula berasa kurang cemas dan bimbang.

5. Fahami Had Kemampuan Diri

Penting untuk jujur ​​dengan diri sendiri tentang beban kerja yang anda mampu kendalikan. Bercakap dengan pengurus tentang situasi dan had kemampuan diri anda boleh memberi peluang bersama-sama menyusun strategi mengurus beban kerja, mengutamakan tugas harian atau mengurangkan tugas buat sementara waktu sehingga kesihatan mental anda semakin baik.

6. Simpan Jurnal Kerja

Menyimpan rekod tentang apa saja pemikiran dan emosi anda sepanjang hari kadangkala boleh membantu menentukan apa sebenarnya yang membuatkan anda cemas. Selain itu, teruskan mengatur tugasan dan ketahui matlamat anda pada hari tersebut, tarikh akhir yang akan datang dan mesyuarat juga boleh membantu meredakan kebimbangan anda.

7. Sentiasa Meraikan Kejayaan Diri Sendiri

Selesai sesuatu projek tepat pada masanya? Mendapat pelanggan baharu? Meredakan konflik antara rakan sekerja? Raikan ia. Sentiasa beri penghargaan kepada diri anda untuk kerja yang dilakukan dengan baik, dan tunjukkan diri anda bahawa anda layak mendapat pujian.

8. Rehat Sebentar Semasa Menjalankan Tugas

Beristirahat membolehkan fikiran anda berehat seketika dan anda dapat menyegarkan diri. Jika anda mengalami kebimbangan semasa bekerja, jauhkan diri dari meja anda selama 10 hingga 15 minit, minum air dan tarik nafas dalam-dalam. Strategi melegakan kebimbangan lain yang boleh anda gunakan semasa berehat termasuk :

  • Regangan
  • Makan snek yang sihat
  • Pergi berjalan-jalan sebentar
  • Bermeditasi

9. Susun Atur Ruang Kerja Anda

Setiap individu menghabiskan kira-kira lapan jam sehari di tempat kerja, jadi amat penting untuk memastikan anda mempunyai ruang kerja yang selesa dan teratur. Anda boleh menambahkan item peribadi, tumbuhan kegemaran, foto keluarga atau karya seni di ruangan kerja supaya dapat mengurangkan kebimbangan anda. Anda juga boleh mendengar muzik semasa melakukan tugas bagi menggalakkan tumpuan dan motivasi kerja.

10. Dapatkan Bantuan Profesional

Perasaan cemas boleh menjejaskan produktiviti kerja jika anda mendapati  anda sukar untuk melaksanakan tugas kerja anda. Apabila kebimbangan memberi kesan dalam banyak segi kehidupan anda, anda dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan profesional daripada psikologis klinikal atau kaunselor. Mereka boleh mengajar anda strategi  untuk menguruskan kebimbangan dengan berkesan dalam situasi kerja dan membangunkan work-life balance yang sihat.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp