Cipta Budaya Kerja Yang Menyokong Kakitangan Bersikap Terbuka Tentang Kesihatan Mental Mereka

pexels-ehsan-ahmadnejad-3610131

Majoriti golongan dewasa menghabiskan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada kehidupan mereka di tempat kerja. Sudah pastilah kesihatan fizikal dan mental perlu sentiasa dalam keadaan yang baik supaya tidak menghalang prestasi kerja.

Majikan memainkan peranan penting dalam membantu membentuk budaya kerja yang menggalakkan tabiat sihat, dan banyak syarikat atau organisasi telahpun memulakan budaya kerja yang menyokong bukan sahaja kesihatan fizikal, malah kesihatan mental kakitangan mereka.

Sesebuah syarikat atau organisasi perlu menghantar isyarat jelas kepada kakitangan bahawa kesihatan mental mereka adalah sangat penting dan bersikap terbuka mengenainya akan membawa kepada sokongan, bukan diskriminasi.

Dengan usaha ini, tempat kerja yang selesa dapat diwujudkan dan seterusnya menjadikan kakitangan juga selesa menjadi diri mereka sendiri serta berasa selamat dalam menangani isu kesihatan mental mereka.

Budaya Kerja Yang Sihat

Berikut adalah beberapa cara untuk membina budaya kerja yang menyokong kakitangan bersikap terbuka tentang kesihatan mental mereka :

1. Luangkan Masa Untuk Mendengar

Ia biasanya dijalankan sebagai pertemuan secara bersemuka di antara kakitangan dan pengurus. Sesi pertemuan ini memberi pekerja ruang untuk melaporkan bidang tanggungjawab mereka dan membincangkan sebarang kebimbangan yang mereka ada. Pengurus harus menggalakkan pekerja untuk mengetuai perbincangan, dan perlu  berusaha untuk mewujudkan persekitaran di mana pekerja berasa selesa membangkitkan sebarang topik yang mereka mahukan.

2. Bersikap Telus Dengan Kakitangan

Untuk menyokong kesihatan mental kakitangan, persekitaran yang terbuka dan telus mesti dipupuk. Komunikasi korporat hendaklah secara terus dan jujur. Memberi  kefahaman kepada kakitangan tentang operasi syarikat akan membuatkan mereka berasa dihargai dan dipercayai. Lebih penting lagi, ia memberi isyarat bahawa maklum balas adalah dialu-alukan dan digalakkan, serta pemimpin sentiasa terbuka untuk perbincangan terus terang kesihatan mental mereka.

3. Wujudkan Ruang yang Tenang

Mengejar deadline dan beban kerja yang berat adalah punca utama stres di tempat kerja. Apabila pekerja menghadapi bebanan ini, mereka memerlukan satu cara untuk melarikan diri daripada kesibukan pejabat supaya mereka boleh kembali fokus pada tugas mereka. Adalah penting untuk memberi peluang kepada pekerja untuk meninggalkan meja mereka sebentar dan mencari tempat yang sunyi. Sediakan satu ruang yang tenang seperti blik rehat, taman mini, atau pantri.

4. Beri Kakitangan Cara Untuk Menghilangkan Stres

Stres adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam mana-mana pekerjaan, dan majikan boleh membantu mengurangkannya dengan menyediakan peluang untuk kakitangan berehat. Aktiviti berstruktur seperti sesi meditasi dan kelas kecergasan boleh membantu melegakan tekanan kakitangan. Sesetengah majikan mungkin melihat aktiviti sedemikian sebagai “membuang masa,” tetapi hakikatnya pekerja lebih produktif secara keseluruhan apabila mereka diberi peluang untuk mendapatkan semula tenaga untuk meneruskan tugas.

5. Tawarkan Faedah Yang Menyokong Kesihatan Mental

Satu cara paling penting syarikat boleh menyokong kesihatan mental adalah dengan secara rasmi meliputi rawatan kesihatan mental dalam pelan manfaat kakitangan. Akses kepada perkhidmatan kesihatan mental perlulah mudah untuk setiap kakitangan dan tanpa sebarang kos. Employee Assistance Program (EAP) boleh menyediakan keperluan tersebut. Faedah lain juga boleh ditawarkan seperti penjadualan kerja yang lebih fleksibel yang membolehkan kakitangan bekerja dari rumah atau melaraskan jadual mereka mengikut keperluan supaya dapat mengurangkan tekanan dan menggalakkan keseimbangan kerja/kehidupan.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingatkan bahawa perubahan budaya kerja tidak mungkin berlaku dalam sekelip mata dan hubungan antara pengurus dan kakitangan adalah kunci bagi membentuknya.

Pengurus perlulah seorang yang mudah didekati, faham tentang kesihatan mental dan menggalakkan perbincangan terbuka berkaitan sebarang isu kesihatan mental. Sekiranya syarikat anda memerlukan Employee Assistance Program, anda boleh terus menghubungi kami.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp