Apakah Daya Tahan (Resilience)

Gambar Blogpost Apakah Daya Tahan (Resilience)

Pernahkah anda terfikir bagaimanakah seseorang yang pernah melalui sesuatu peristiwa pahit atau saat-saat sukar kembali meneruskan hidup mereka?

Kematian orang yang disayangi, kehilangan pekerjaan, perceraian, penyakit kritikal, bencana alam dan peristiwa traumatik lain– ini semua adalah contoh pengalaman hidup yang sangat mencabar.

Secara umum, ramai orang bertindak balas terhadap keadaan sedemikian dengan reaksi emosi yang kuat dan adakalanya mereka menjadi buntu. Namun, sesetengah orang mampu menyesuaikan diri dari semasa ke semasa dengan keadaan tekanan yang telah mengubah hidupnya.

Apakah yang membolehkan mereka berbuat demikian?
Ia melibatkan resilience atau daya tahan, iaitu satu proses berterusan yang memerlukan masa dan usaha serta melibatkan beberapa langkah penting.


Apakah Itu Daya Tahan (Resilience)?

Daya tahan ialah kebolehan untuk \’bangun semula\’ selepas menghadapi peristiwa yang sukar. Ia melibatkan keupayaan untuk menyesuaikan diri ketika berhadapan dengan tekanan, tragedi, ancaman atau sesuatu peristiwa traumatik. Sebenarnya, daya tahan bukanlah perkara yang luar biasa. Setiap orang mempunyai daya tahan masing-masing.

Satu contoh yang dapat kita lihat adalah bagaimana mangsa bencana tsunami pada tahun 2014 lalu berusaha untuk membina semula kehidupan mereka pada hari ini selepas melalui tragedi pahit tersebut.

Mempunyai daya tahan yang baik bukan bermakna seseorang itu tidak mengalami kesusahan atau kesedihan. Kesakitan dan kesedihan emosi adalah perkara biasa dialami oleh seseorang yang mengalami trauma, tragedi atau ancaman dalam hidup mereka. Tetapi sebaliknya, daya tahan inilah yang membantu mereka lebih mampu untuk menghadapi peristiwa sukar tersebut.

Daya tahan bukanlah satu sifat yang perlu ada atau tidak perlu ada pada seseorang. Daya tahan ini melibatkan tingkah laku, pemikiran dan tindakan yang boleh dipelajari dan dikembangkan dalam diri sesiapa sahaja.

Ciri-ciri Individu Yang Berdaya Tahan

• Mempunyai persepsi diri yang positif.
• Mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi dan berkesan dalam menguruskan emosi mereka.
• Menyedari situasi, reaksi mereka sendiri dan tingkah laku yang lain.
• Memahami dan menerima bahawa hidup ini penuh dengan cabaran.
• Percaya bahawa mereka mempunyai kawalan ke atas keputusan hidup mereka.
• Mempamerkan kemahiran menyelesaikan masalah dengan baik.
• Merupakan komunikator yang mahir.
• Membangunkan sokongan sosial yang kukuh.
• Mampu meminta bantuan apabila memerlukan.

Dengan membina daya tahan dalam diri, anda boleh melindungi kesihatan mental dan kesejahteraan anda daripada sebarang tekanan negatif.

[njwa_button id="9314"]

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp